BANJIR yang melanda seluruh negara memberikan impak yang besar terutamanya dari segi kerosakan harta benda termasuk kenderaan.

Kenderaan ditenggelami air atau dihanyutkan air, berhadapan dengan pelbagai kerosakan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bukan hanya rosak, kesan tenggelam air banjir juga menjadikan kereta berbau busuk, hapak dan kepam.

Selain menggunakan ‘air-freshener’ atau bahan pewangi yang dijual di pasaran, korang juga boleh menggunakan beberapa cara hilangkan bau kereta secara semula jadi.

Selain menjimatkan, kita juga tidak perlu risau kesan bahan kimia. Berkesan!

1. Arang

Sebelum mewangikan kereta, perkara pertama yang perlu pertimbangkan adalah meneutralkan bau busuk, hapak, atau kepam yang dah sedia ada dalam kereta.

Ambil beberapa ketul arang letakkan dalam bekas dan biarkan terbuka di lantai kereta.

Cara kedua, bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letak berhampiran kawasan yang berbau.

Soda

2. Soda penaik

Soda penaik atau ‘baking soda’ adalah satu lagi cara hilangkan bau kereta yang berkesan.

Letakkan satu bekas yang berisi soda penaik di dalam kereta.

Boleh juga taburkan soda penaik ke atas lantai kereta atau bahagian yang berbau kuat. Biarkan 2-3 jam untuk ia menyerap bau. Kemudian, boleh vakum.

Selalu juga orang gunakan teknik ini untuk menghilangkan bau hancing pada tilam kerana ia efektif untuk menyerap bau.

3. Serbuk kopi atau teh

Kedua-dua bahan ini berkesan menyerap aroma yang kurang sedap dalam kereta. Nak guna uncang teh atau kopi terus pun boleh.

4. Daun pandan

Seperti yang kita tahu, daun pandan mempunyai aroma yang wangi dan menyegarkan.

Keratkan 2-3 helai dan ikatkan. Kemudian letakkan di bawah tempat duduk atau di mana-mana ruang dalam kereta.

Tapi, jangan lupa gantikannya dalam tempoh 2-3 minggu. Bila dah kering dan layu, baunya pun akan hilang sekali.

lemon

5. Lemon atau limau Kasturi

Perahkan lemon atau limau kasturi pada bahagian yang tak hilang baunya. Biarkan seketika sebelum membilas seperti biasa.

Iklan

Jus lemon atau limau kasturi juga boleh dibuat ‘spray’ kereta semula jadi.

Perahkan pati lemon tadi dengan sedikit air dan campurkan sedikit cuka kerana ia boleh melawan kulat dan bau hapak. Kemudian, ‘spray’ pada bahagian dalaman kereta.

Boleh juga gunakan hirisan kulit lemon dengan letakkan dalam kain kecil. Letakkan berhampiran dengan penghawa dingin.

5. Daun limau purut

Boleh juga boleh membuat ‘spray’ kereta dengan teknik sama menggunakan limau purut (‘kaffir lime’).

Selain buah limau itu, daunnya pun boleh digunakan dengan cara mencincang halus seperti daun pandan tadi.

Iklan

Baca juga Cara mudah atasi masalah tahi cicak di rumah, guna tiga bahan ini

6. Anginkan atau jemur

Selalulah menjemur atau menganginkan kereta untuk memberi pengudaraan yang baik. Dengan cara ini, bauan yang terperangkap dapat keluar dengan cepat.

Teknik yang mudah adalah buka pintu kereta, hidupkan enjin dan biarkan ‘fan’ berpusing selama lebih kurang lima minit pada kelajuan maksimum.

Jika mahu, semburkan sedikit ‘spray’ yang korang buat sendiri atau apa-apa pewangi yang suka ke dalam ‘air cond’.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.