KADANGKALA ‘kisah lalu’ yang disembunyikan boleh mengundang masalah di kemudian hari.
Apatah lagi jika ia melibatkan perihal mengenai wali dan nasab, amat mustahak dan tidak boleh dipandang remeh. Impaknya cukup besar kerana boleh mengakibatkan sesebuah perkahwinan tidak sah.
Seperti kes yang didedahkan oleh pengguna TikTok ToKadi Hipster ini di mana dia perlu menguruskan kes melibatkan seorang wanita yang terpaksa membubarkan perkahwinan seminggu sebelum mengerjakan umrah.
[caption id="attachment_68382" width="800"] Gambar hiasan[/caption]
Baca juga: Anak Pelik Urusan Nikah Jadi Rumit, Bongkar Rahsia Ibu Ayah Bersekedudukan Hingga 7 Zuriat
Ia bermula apabila wanita berkenaan mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripadanya.
"Kami ingin meminta pandangan ustaz. Ibu bapa saya berkahwin pada April 1976. Saya lahir pada Julai 1976. Tiga bulan sahaja nikah saya lahir.
"Ogos 1991 saya bernikah berwalikan bapa saya,” kata wanita itu.
"Allahuakbar, macam mana boleh jadi begini. Pernikahan puan tidak sah. Ikut perkiraan, bapa tidak boleh mewalikan Puan.
”Sekarang Puan perlu ke mahkamah dan membubarkan perkahwinan,” kata Tok Kadi.
Wanita itu dinasihatkan untuk memohon semula perkahwinan berwalikan hakim.
Pahit untuk menerima kenyataan, tetapi ia terpaksa ditelan. Kenyataan yang diberi Tok Kadi menyebabkan wanita itu luluh hati.
Si suami pula mengatakan 'rahsia' orang tua isterinya hanya terbongkar apabila mereka sekeluarga ingin mengerjakan umrah.
"Habis selama 30 tahun kami bernikah bagaimana pula ustaz? Anak-anak kami bagaimana statusnya?
"Allahuakbar berdosa rasanya, bantu kami ustaz,” kata suami wanita itu.
Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai tidak mempermainkan bab wali kerana ia boleh memberikan implikasi buruk kepada institusi perkahwinan.
"Jangan main-main dalam menentukan wali. Pastikan wali yang betul. Buruk akibatnya kalau menggunakan wali yang salah. Jika tidak pasti sila rujuk pejabat agama," titipnya.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Baca juga: 'Ikatan Perkahwinan Tidak Terlerai Sendiri Melainkan Dengan Kematian' - Peguam Syarie
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: TikTok ToKadi Hipster