'Manja dari kecil, takut nanti besar jadi gelenyar': Ini cara Aliff Syukri didik anak perempuan dalam rumah ramai lelaki. Tudung wajib!

No Image Caption
A
A
A

“DALAM rumah saya, kita memang diwajibkan pakai tudung.”

Demikian ketegasan yang dilontarkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, sewaktu berkongsi pengalaman mendidik anak perempuannya.

Dedahnya, kediamannya kini dihuni lebih 15 orang termasuk isteri tercinta, Datin Seri Shahida, selain lima pembantu peribadi (PA) lelaki.

Justeru, Aliff menekankan, disiplin dan batasan tetap menjadi keutamaan, walaupun suasana di rumah kelihatan santai dan penuh keselesaan.

“Kehadiran pembantu di dalam rumah bukan kerana keinginan semata-mata, tetapi keperluan memandangkan kediaman saya yang besar.

"Bagi saya, dalam hubungan perkeluargaan, saya sebagai ibu bapa tidaklah nak halang… tapi rumah besar menyebabkan terpaksa ada pembantu rumah dan PA,” jelasnya.

Menurut Aliff, anaknya, Raudhah, masih kecil dan mudah bermanja-manja dengan PA.

"Walaupun saya selalu melarang tetapi Raudhah tak dengar cakap dan tetap bermanja-manja dengan PA,” ujarnya.

Namun begitu, sikap manja Raudhah tetap mendapat perhatian serius bapa enam cahaya mata itu.

“Saya tak nak walaupun dia belum faham, tapi saya tak nak dia terbiasa dengan situasi tersebut.

"Perempuan bila dia start manja-manja, bila bawa ke besar. Tak nak nanti gelenyar,” tegas Aliff.

No Image Caption

Memahami nilai hormat & disiplin

Beliau menegaskan, PA di rumahnya bijak dan pandai melayan, tetapi batas perlu dijaga supaya anak-anak memahami nilai hormat dan disiplin sejak kecil.

Teguran itu menyebabkan Raudhah menangis, namun kakaknya segera memahamkan dan menasihatinya.

“Jadi, kakaknya pujuk dan nasihatkan Raudhah supaya dengar cakap dan jangan bermanja-manja dengan PA..

"Waktu itu saya tak rekod situasi tersebut sebab takut viral. Tapi prinsip tetap sama, batas dan disiplin tetap perlu,” katanya.

Aliff berkongsi pengalaman itu ketika ditemui SinarPlus pada majlis ramah mesra Media bersama Aliff Syukri & Izara Aishah.

Dalam perkembangan lain, pemilik nama sebenar Aliff Syukri Kamarzaman mengumumkan kolaborasi eksklusif Izara Aishah x AS, menampilkan empat koleksi beg tangan iaitu Bolaia, Belta, Bucket dan Moola.

Kesemua rekaan dipilih sendiri oleh Izara, menampilkan gaya mewah namun mampu milik.

Lebih istimewa, bagi menghargai sokongan pembeli setia, jenama beg AS menawarkan hadiah sebuah kereta Perodua Bezza kepada pembeli bertuah yang membeli koleksi pada sesi penstriman langsung 25 Januari ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang