Jururawat suap pesakit India, Nur Deena Nadzhiefa diiktiraf KKM, kebaikannya buat ramai sebak. 'Layanan penuh empati, ubat paling mujarab'
EMPATI dan ihsan tidak mengenal warna kulit. Jururawat Hospital Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang, Nur Deena Nadzhiefa Musni yang menyuapkan makanan kepada seorang pesakit warga emas berbangsa India menggunakan tangannya sendiri, seolah-olah sedang menyuapkan makanan kepada ahli keluarganya sendiri, menerima pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, baru-baru ini meluangkan masa bertemu sendiri Nur Deena dan menyampaikan momento pengiktirafan KKM.

"Video tular jururawat Nur Deena Nadzhiefa menyantuni pesakit warga emas berbangsa India baru-baru ini benar-benar menjentik hati saya. Hari ini, di perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya, saya bertemu sendiri dengan tuan empunya badan.
"Anugerah yang saya sampaikan ini kecil nilainya berbanding nilai ihsan yang Deena tunjukkan. Beliau membuktikan bahawa ubat paling mujarab di hospital bukan hanya pil atau suntikan, tetapi layanan penuh empati.

"Terima kasih, saudari Deena, kerana menghidupkan jiwa ‘Malaysia’ dalam tugas seharian. Semoga menjadi inspirasi buat kita semua," titipnya.
Baru-baru ini, video tular Nur Deena dimuat naik pengguna TikTok @ralingesh meraih perhatian warga maya yang menyifatkan tindakannya sebagai lambang profesionalisme dan kasih sayang dalam dunia perubatan.
Video berdurasi 43 saat, dimuat naik pada 12 Januari lalu, menerima lebih 800,000 tontonan dan 50,000 tanda suka
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
