Jari sentiasa genggam tasbih, zikir perlahan. Rakan, jururawat kongsi amalan Bung Moktar. 'Bunyi yang kini tinggal sebagai kenangan'

No Image Caption
A
A
A

PEMERGIAN Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meruntun hati ramai khususnya rakyat Sabah.

Tular video beliau berzikir ketika menjalankan aktiviti bersama orang ramai  baru-baru ini. Perkara yang sama dikongsikan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah mengenai sisi peribadinya yang tidak diketahui umum.

Hantaran di media sosial, Mohd Shahar mendedahkan, Bung Moktar yang duduk bersebelahan dengannya dalam Dewan Rakyat sering berzikir apabila berada dalam Dewan Rakyat.

"Ramai mengenal ketegasannya, tetapi saya mengenal sisi yang jarang terlihat. Jarinya sentiasa tergengam tasbih bila berada di dalam dewan," kongsinya.

Dalam pada itu, Mohd Shahar juga sayu bahawa zikir perlahan daripada rakannya itu tidak lagi dapat didengar.

"Zikir perlahan yang sering melingkari ruang di antara kami, zikir yang tidak kuat, tetapi cukup untuk membuat hati ini merasa damai.

"Itulah bunyi yang kini tinggal sebagai kenangan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Hari ini, seorang sahabat yang duduk di sisi saya dalam dewan pulang pergi. Kembali kepada Pencipta pada hari Jumaat yang mulia; hari yang dipilih, hari yang dijanjikan sebagai perlindungan dari azab kubur bagi insan yang Allah muliakan perjalanannya," titipnya.

Dalam pada itu, Mohd Shahar mendoakan agar roh Allahyarham dikurniakan keampunan dan rahmat-NYA.

"Dalam video ini, beliau sedang membetulkan pin saya. Satu detik kecil tetapi penuh makna.

"Begitulah beliau, membantu dalam senyap, hadir dengan ihsan, lebih banyak lembutnya daripada yang dunia sempat tahu.

"Semoga ALLAH melapangkan perjalanannya, mengampunkan segala salahnya dan menempatkannya di taman-taman yang tenang," titipnya.

Sementara itu, menerusi satu hantaran di TikTok seorang petugas kesihatan mendedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag itu mempunyai rutin solat sunat dan membaca al-Quran.

"Saya pernah menjaga di Prince Court ketika beliau dimasukkan ke hospital. Sungguh, saya tidak menyangka bahawa sepanjang berada di dalam bilik, beliau sangat kuat mengaji al-Quran dan rajin menunaikan solat sunat. 

"Pernah sekali saya bergurau dan berkata, “Datuk rupanya warak juga ya.”

Beliau hanya ketawa sambil menjawab bahawa tidak mengapa jika orang luar menganggapnya jahat, kerana apa yang saya lihat sendiri sangat berbeza. 

"Terima kasih, Datuk kerana selalu belanja kami makan sepanjang tempoh beliau dirawat di Prince Court dahulu. Innalillahi wainna ilai hirojiun, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," kongsinya.

Bung menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.46 pagi, Jumaat selepas mengalami komplikasi yang melibatkan paru-paru, jantung dan buah pinggang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang