Ayie Floor 88 sambut anak kedua. 'Welcome to the world, our precious Nada Aurora'

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan kepada vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham yang baharu menyambut kelahiran anak keduanya pada 12 November 2025.

Si kecil diberi nama Nada Aurora dilahirkan seberat 3.85 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Kini bergelar bapa kepada dua cahaya mata, Ayie atau sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah,  28, berkongsi foto keluarga kecilnya.

"Welcome to the world, our precious Nada Aurora. Mommy, daddy dan kakak love you adik!" kongsinya.

No Image Caption

Terdahulu, Ayie berkongsi momen isterinya, Tasha Awie melahirkan permata hati mereka.

Dalam pada itu, penyanyi yang kini turut memuat naik video reaksi keluarga dan sahabat handainya saat mengetahui tentang khabar gembira keluarga di saluran YouTube miliknya, AETA Channel.

Sekadar info, Ayie dan Tasha melangsungkan perkahwinan pada berkahwin pada 20 Oktober 2021 selepas mengikat tali pertunangan pada Januari pada tahun yang sama.

Pasangan itu terdahulu dikurniakan anak sulung perempuan, Nayla Amanda yang kini berusia empat tahun.

Artikel Berkaitan:

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang