Memori Raya dan Shiha Zikir, tentang Syawal, keluarga dan kenangan lama

No Image Caption
A
A
A

SETIAP kali lagu raya baharu muncul, apa yang paling dicari biasanya bukan sekadar melodi yang rancak, tetapi rasa yang ditinggalkan selepas mendengarnya.

Ada lagu yang menghiburkan, dan ada juga lagu yang perlahan-lahan mengusik emosi kerana mengingatkan kita kepada momen paling sederhana tetapi bermakna ketika Aidilfitri.

Atas sentuhan itu, penyanyi Shiha Zikir tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya, sebuah naskhah yang menggabungkan elemen ceria dengan nuansa nostalgia.

No Image Caption

Lagu tersebut sekali gus menandakan kerjasama berterusannya dengan Giant Malaysia selepas projek lagu raya mereka sebelum ini.

Menurut Shiha, Memori Raya membawa pendengar kembali mengimbau kenangan lama setiap kali tibanya Syawal.

Walaupun tampil dengan susunan melodi yang ringan dan catchy, liriknya tetap mempunyai emosi yang dekat dengan pengalaman ramai.

“Lagu ini sebenarnya membawa pendengar kembali kepada kenangan lama ketika menyambut Hari Raya.

"Apabila saya memperdengarkan lagu ini kepada keluarga, ramai yang tersentuh walaupun melodinya rancak. Mungkin kerana liriknya membuatkan kita teringat kembali kenangan lama,” katanya.

Lagu tersebut dihasilkan bersama komposer Iqie Hugh dan John Jeeves.

Kata Shiha, proses penghasilannya berlaku dalam tempoh yang singkat, namun apa yang penting adalah bagaimana idea asal berjaya diterjemahkan mengikut konsep yang dimahukan.

No Image Caption

Menariknya, selepas beberapa kali tampil dengan lagu raya yang lebih dekat dengan rentak tradisional dan joget, kali ini Shiha memilih untuk membawa pendekatan yang lebih moden.

Namun, jiwa raya itu tetap dikekalkan agar mesejnya terus sampai kepada pendengar.

Bagi Shiha, kekuatan lagu terletak pada tema yang sangat dekat dengan masyarakat. Lagu tersebut menyentuh tentang kampung halaman, momen pulang beraya, pertemuan dengan ibu bapa dan saudara-mara, serta kenangan kecil yang sering menjadi perkara paling dirindui apabila usia semakin bertambah.

“Walaupun kedengaran klise, lagu ini sebenarnya tentang bagaimana kita semua akan teringat kembali kenangan di kampung, bertemu ibu bapa serta saudara-mara ketika musim perayaan,” jelasnya.

Shiha turut berkongsi bahawa idea menghasilkan lagu tersebut tercetus secara spontan ketika Ramadan. Walaupun dilakukan dalam tempoh yang agak singkat, dia tetap mahu memastikan keseluruhan proses berjalan lancar dan hasilnya memuaskan.

“Walaupun keputusan untuk menghasilkan lagu ini dibuat dalam masa yang singkat, saya tetap mahu memastikan semuanya berjalan lancar.

"Selain untuk diri saya sendiri, saya juga gembira dapat bekerjasama dalam menjayakan projek ini,” katanya.

No Image Caption

Meraikan  memori

Satu lagi sisi menarik tentang lagu berkenaan adalah pengalaman di sebalik pembikinan video muziknya. Shiha mendedahkan, dia menjemput beberapa individu yang tidak dikenalinya menerusi media sosial untuk turut serta dalam penggambaran.

Baginya, tindakan itu bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada mereka, tetapi dalam masa sama menjadikan keseluruhan proses lebih bermakna dan selari dengan konsep lagu yang meraikan memori.

“Saya memilih beberapa orang yang saya tidak kenal melalui media sosial untuk datang dan merasai sendiri pengalaman berada di set penggambaran video muzik.

"Saya juga mahu berkenalan dengan orang baharu. Apa yang menggembirakan, mereka semua sangat teruja sepanjang penggambaran walaupun penggambaran mengambil masa yang agak panjang,” ujarnya.

Menurut Shiha, pengalaman tersebut menjadi salah satu kenangan manis sepanjang menjayakan lagu itu kerana mereka bersama-sama mencipta memori baharu, bukan sekadar hadir sebagai pelengkap video muzik.

Dalam pada itu, Shiha berharap Memori Raya dapat diterima baik oleh pendengar dan menjadi antara lagu yang menemani perjalanan pulang ke kampung, suasana berkumpul bersama keluarga atau momen membuat persiapan raya tahun ini.

“Saya harap orang ramai suka dan mahu menyokong lagu Memori Raya serta lagu raya lain yang turut dikeluarkan oleh artis tempatan tahun ini.

No Image Caption

Sementara itu, pihak Giant Malaysia menyifatkan kerjasama bersama Shiha Zikir sebagai satu kolaborasi yang cukup bermakna, terutama selepas sambutan positif yang diterima menerusi projek tahun lalu.

Menurut Ketua Pemasaran Giant Malaysia, Andre Lim, Shiha bukan sahaja dikenali sebagai selebriti berimej ceria, tetapi juga memiliki personaliti bertenaga dan dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat, sesuatu yang sangat selari dengan profil pelanggan Giant.

Sempena Aidilfitri tahun ini juga turut diperkenalkan kempen Jimat Berganda, Raya Bergaya yang berlangsung dari 26 Februari hingga 15 April 2026. Menerusi peraduan Beli & Menang, pelanggan yang berbelanja minimum RM60 dalam satu resit di mana-mana cawangan Giant berpeluang memenangi hadiah seperti bar emas dan baucar tunai Giant.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang