Foto majlis pertunangan anak Nasir Bilal Khan tular, ramai terpukau keayuan. 'Masya-ALLAH lawa, hidung mancung terletak'

No Image Caption
A
A
A

FOTO majlis pertunangan anak kepada pelakon terkenal Nasir Bilal Khan yang berlangsung baru-baru ini tular sehingga menuai perhatian ramai.

Menerusi laman sosial Threads, jurusolek Nurul Amaliena berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan hari bahagia anak kepada aktor terkenal tersebut.

"Mekap bertunang anak kepada artis legenda Malaysia, Nasir Bilal Khan," titipnya.

Keayuan wajah anak perempuan Nasir itu dilihat terserlah pada majlis berkenaan dan diserikan lagi dengan busana tradisional berwarna krim cerah.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan keayuan anak gadis pelakon utama Tanah Kubur itu.

Selain titipan pujian, orang ramai turut mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan menjelang hari bahagia mereka nanti.

Sekadar info, Nasir, 66, berkahwin dengan isterinya, Umi Kalsum Majid dan dikurniakan tiga anak.

Sumber: Threads

 

Artikel Berkaitan:

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang