Ayda Jebat kongsi sisi 'superdaddy' Nabil Mahir, netizen gelar 'ibu budak' -'Tolong bersabar nak tambah anak, sis masih trauma...'

No Image Caption
A
A
A

BERTUAHNYA badan! Bukan semua wanita dikurniakan rezeki mendapat pasangan yang bukan sahaja ringan tulang, malah memiliki 'aura magnet' yang membuatkan kanak-kanak begitu melekat dengannya.

Itulah tuah yang sedang dikecapi oleh penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat. Menerusi satu hantaran di laman sosialnya baru-baru ini, Ayda berkongsi rasa kagum dan terhibur melihat gelagat suaminya, Nabil Mahir yang sangat telaten dan bertenaga melayan kerenah anak-anak.

Menariknya, sifat penyayang Nabil itu bukan sahaja tumpah kepada zuriat sendiri, malah anak-anak orang lain pun sudah dianggap seperti darah daging sendiri sehingga ada yang enggan pulang ke rumah!

Ayda secara berseloroh meluahkan rasa hairannya melihat tenaga luar biasa yang dimiliki oleh suaminya itu ketika melayan budak-budak.

"Suami saya ni dia memang suka betul jaga anak. Bukan anak sendiri je, anak orang lain pun dah macam anak dia.

"Mana dia dapat energy ek? Penat oo kalau tengok dia berlari-lari dengan budak-budak. Sampai anak kawan kita pun tak nak balik.

"Mak ayah suruh tukar jelah 'bin' ke 'binti' kau nak dengan Ahmad Nabil, hahaha!" kongsi Ayda dalam nada berseloroh.

Bagaimanapun, di sebalik usikan netizen yang meminta mereka menambah cahaya mata memandangkan Nabil seorang bapa yang sangat 'pakar', Ayda sempat menitipkan pesanan jujur bahawa dia masih belum bersedia sepenuhnya akibat pengalaman lalu.

"Satu jelah, tolong bersabar nak tambah anak.Weh, sis masih trauma jahitan terbuka," luah Ayda.

Perkongsian santai itu nyata meraih perhatian ramai. Rata-rata warga maya memuji kewibawaan Nabil dalam menjaga anak kecil, memandangkan hobi dan kesabaran sedemikian jarang-jarang ada pada seorang lelaki.

No Image Caption

Malah, ada yang mengaitkannya dengan gelaran orang tua-tua bagi menggambarkan personaliti Nabil yang sangat disenangi oleh kanak-kanak.

"Alhamdulillah.. dapat laki (suami) gitu seronoklah nak beranak ramai pun tak apa.. Jaga kesihatan ya."

"Nabil ni 'Ibu Budak' kalau tak salah team orang tua-tua gelar untuk orang yang budak-budak suka. Ada sepupu seorang macam tu, bila berkumpul budak-budak semua cari dia, bayi pun nak."

"Seronoknya.. Ni kalau beranak anak rapat pun tak kisah..."

"Wah bestnya.. Mami boleh santai-santai rehat."

Tidak kurang juga ada golongan ibu yang sempat meluahkan rasa kagum dan menyamakan situasi tersebut dengan pasangan masing-masing yang pandai menguruskan anak-anak tanpa perlu bantuan isteri.

"Sama lah, saya cepat drain energy (habis tenaga) layan anak. Suami boleh bawa semua anak-anak pergi playground atau mall tanpa saya. Saya tak tahu macam mana dia kendalikan dua 'toddler' dan seorang bayi sendiri. Saya pun tak sanggup kalau keluar tak ada suami tolong."

"Baguslah begitu.. Ingat senang nak cari husband (suami) yang suka budak dan budak pun suka dia...?"

Untung Ayda, sekurang-kurangnya bebanan menguruskan anak-anak kecil dapat diringankan dengan adanya 'superdaddy' di sisi.

Apa-apa pun, semoga keluarga kecil ini terus bahagia dan dipermudahkan segala urusan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang