Anugerah 100 Wanita Inspirasi Nasional 2026 jadi pemangkin, Nurul Ain buktikan wanita mampu cipta perubahan dalam dunia AI

No Image Caption
A
A
A

TEKNOLOGI sering dilihat sebagai dunia yang sarat dengan kod, sistem dan inovasi.

Namun, di sebalik perkembangan pesat dunia digital hari ini, semakin ramai wanita tampil membuktikan bahawa mereka bukan sekadar pengguna teknologi, malah mampu menjadi pencipta dan peneraju perubahan.

Antara yang memilih untuk melangkah lebih jauh ialah Ketua Pegawai Eksekutif ARVIA Solutions Sdn Bhd, Nurul Ain Mohamad Khdri yang percaya teknologi bukan sekadar tentang kecanggihan, tetapi bagaimana ia boleh dimanfaatkan untuk memudahkan kehidupan dan memberi nilai kepada masyarakat.

Kesungguhan beliau dalam menerajui inovasi kecerdasan buatan (AI), selain memperkasa usahawan serta pendidikan digital, akhirnya membawa kepada pengiktirafan menerusi Anugerah 100 Wanita Inspirasi Nasional 2026.

Bagi Nurul Ain, kejayaan dalam bidang teknologi tidak seharusnya diukur melalui pencapaian perniagaan semata-mata. Sebaliknya, perkara yang lebih bermakna ialah sejauh mana ilmu dan teknologi yang dibangunkan mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Pendekatan itu diterjemahkan menerusi pelbagai usaha ARVIA Solutions dalam membangunkan penyelesaian digital termasuk teknologi AI, Interactive Smartboard dan sistem pendigitalan untuk membantu sektor pendidikan, korporat serta agensi kerajaan.

No Image Caption

Dalam masa sama, Nurul Ain turut aktif berkongsi ilmu menerusi seminar, bengkel dan kursus berkaitan AI, automasi perniagaan serta pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau melihat perkongsian ilmu sebagai salah satu cara untuk memastikan teknologi tidak hanya dikuasai oleh golongan tertentu, sebaliknya dapat dimanfaatkan lebih ramai usahawan dalam meningkatkan produktiviti, daya saing dan perkembangan perniagaan.

“Anugerah ini adalah penghargaan kepada seluruh pasukan ARVIA Solutions serta semua pihak yang sentiasa percaya bahawa teknologi mampu membawa perubahan positif.

“Saya berharap lebih ramai wanita berani melangkah ke dalam bidang teknologi, manakala lebih ramai usahawan dan pendidik memanfaatkan AI sebagai pemangkin inovasi dan kemajuan,” katanya.

Pendidikan digital

Bagi Nurul Ain, perubahan dalam dunia digital juga perlu bermula daripada pendidikan.

Atas sebab itu, beliau turut memberi perhatian kepada usaha memperkukuh pendidikan digital dengan memperluaskan penggunaan teknologi pintar di sekolah, institusi pendidikan dan pusat tahfiz.

No Image Caption

Menurut beliau, teknologi interaktif dan AI berpotensi menjadikan proses pembelajaran lebih menarik serta membantu menyediakan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk berdepan ekonomi digital.

Pendekatan tersebut memperlihatkan bagaimana teknologi boleh hadir dalam kehidupan seharian dengan cara yang lebih dekat dan praktikal, bukan sekadar sesuatu yang kelihatan kompleks atau sukar difahami.

Dalam dunia yang masih sering dikaitkan dengan dominasi lelaki, khususnya dalam sektor teknologi, perjalanan Nurul Ain menjadi contoh bahawa wanita juga mempunyai ruang yang besar untuk memimpin, mencetuskan idea baharu dan membina sesuatu yang memberi kesan kepada masyarakat.

Lebih daripada sekadar membangunkan teknologi, beliau mahu memastikan peluang dan ilmu yang hadir bersama perkembangan digital dapat dikongsi dengan lebih ramai.

Pengiktirafan menerusi Anugerah 100 Wanita Inspirasi Nasional 2026 juga menjadi pembakar semangat untuk wanita itu meneruskan usaha memperkasa komuniti, membangunkan bakat digital serta menyokong agenda pendigitalan negara.

Bagi Nurul Ain, perjalanan itu masih panjang.

Teknologi akan terus berubah, begitu juga cara manusia bekerja, belajar dan menjalani kehidupan. Justeru, beliau percaya wanita perlu berani berada di tengah-tengah perubahan itu, bukan hanya menjadi pemerhati.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ARVIA Solutions, penyelesaian AI, Interactive Smartboard dan inisiatif pendigitalan pendidikan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat menerusi platform rasmi ARVIA.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang