‘Hampir tercicir dari sekolah undang-undang...’ Yuna terima Anugerah Tokoh Alumni UiTM (Global), kenang perjalanan sejak 2009

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI dan penulis lagu antarabangsa, Yuna meluahkan rasa syukur selepas menerima Anugerah Tokoh Alumni Universiti Tekonologi Mara (UiTM) (Global) yang disifatkan sebagai satu detik istimewa buat dirinya dan keluarga.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zaraai berkongsi momen istimewa menerima anugerah berkenaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menerusi laman sosial Instagram, baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, penyanyi berusia 39 tahun itu turut mengimbau perjalanan dirinya ketika masih bergelar mahasiswa, termasuk ketika hampir tercicir daripada pengajian dalam bidang undang-undang.

No Image Caption

“From almost a law school dropout to this Tokoh Alumni UiTM (Global) award.

“Thank you Persekutuan Alumni UiTM and YAB Datuk Seri @anwaribrahim_my, it was a special day for me & my parents too,” tulisnya.

Paling mencuri perhatian, Yuna meminta pengikutnya melihat foto terakhir yang memaparkan dirinya ketika tahun 2009, sekali gus mengimbau kembali fasa awal perjalanannya hingga meraih Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian di  UiTM Kampus Shah Alam.

No Image Caption

Perkongsian berkenaan berkenaan seolah-olah memperlihatkan satu perjalanan panjang Yuna daripada seorang mahasiswa kepada penyanyi yang mencipta nama bukan sahaja di Malaysia, malah di persada antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Yuna dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang berhijab terawal menghiasi industri muzik tanah air. Pelantun lagu Dan Sebenarnya itu mula mengembangkan kerjaya muziknya di Amerika Syarikat pada tahun 2011 dan telah bekerjasama dengan ramai artis terkenal antarabangsa termasuk Usher, Tyler, the Creator, Epik High, G-Eazy dan Jay Park.

Dia merakamkan semula lagu Here Comes The Sun oleh The Beatles untuk filem 2012, Savages. Lagu tersebut dimuatkan semasa kredit terakhir. Sementara itu lagu Tourist dimuatkan sebagai sebahagian daripada runut bunyi dalam musim pertama daripada siri TV Amerika Syarikat, Arrow.

Karyanya berjudul Favourite Thing dimuatkan dalam siri TV Amerika, Pretty Little Liars. Yuna juga merakamkan lagu yang dengan kerjasama Adam Young daripada kumpulan Owl City bertajuk Shine Your Way untuk runut bunyi filem animasi terkenal, The Croods.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang