Siti Nurhaliza terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif dan Media
BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang seni kreatif dan media dari Sunway University.
Penganugerahan itu dikongsikan menerusi laman sosial rasmi Ssarikat rakaman miliknya, SN Legacy pada Khamis.
"Tahniah kepada Presiden SN Legacy, Datuk Seri Siti Nurhaliza di atas penerimaan Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang seni kreatif dan media dari Sunway University.
"Pengiktirafan ini bukan sahaja penghargaan untuk perjalanan seni Siti Nurhaliza seorang tetapi buat seluruh warga industri muzik dan seni kreatif tanah air.

"Terima kasih kepada pihak pengurusan Sunway University di atas penghormatan yang cukup bermakna ini," titipnya.
Sementara itu, institusi pengajian tinggi berkenaan menyifatkan pengiktirafan berkenaan susulan sumbangan Siti Nurhaliza yang menberi inspirasi.
Tahniah kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza Taruddin atas penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif dan Media (Honoris Causa) daripada Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Sunway, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang dan perjalanan inspirasi beliau dalam industri seni dan kreatif," titipnya.
Menerusi video yang dikongsikan, Siti Nurhaliza yang anggun menggayakan baju kurung moden berwarna biru muda menerima skrol daripada pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
