Shahrol Shiro tenaga pengajar Seni Lakon, UKM tampil jelaskan pelantikan. 'Hanya latihan amali & praktikal, tak libat kuliah'

No Image Caption
A
A
A

PELAWAK dan usahawan Shahrol Shiro baru-baru ini berkongsi pelantikannya sebagai tenaga pengajar sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam hantaran di Instagram, UKM mengesahkan Shahrol atau nama penuhnya Shahrol Azizie Azmi, 42, dan pemilihan dibuat berdasarkan pengalaman luas pelawak itu dalam industri seni.

"Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ingin memaklumkan bahawa pelantikan En. Shahrol Azizie Azmi atau Shahrol Shiro di Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC) adalah sebagai pengajar sambilan kursus Citra Universiti bagi Kelas Seni Lakon yang mengkhususkan kepada stand-up comedy.

"Melalui lantikan ini, beliau hanya memberi latihan amali dan praktikal sahaja tanpa melibatkan pengajaran di dalam kuliah.

"Lantikan ini juga adalah berdasarkan pengalaman beliau sebagai pengamal industri seni yang mempunyai penglibatan dalam bidang lakonan, persembahan, komedi, pengacaraan dan produksi," kongsinya.

Menurutnya, Kursus Citra UKM (Seni Lakon) di bawah Citra Kebudayaan dan ditawarkan kepada pelajar UKM bagi memberikan pendedahan serta pengalaman dalam bidang seni persembahan, khususnya aspek asas lakonan dan persembahan.

No Image Caption

Sementara itu, FPSC pula adalah fakulti yang mengkhususkan kepada pengajian transdisiplin, meliputi pengajian umum termasuk kursus kebudayaan, sukan dan badan beruniform.

Terdahulu, Shahrol berkongsi pelantikannya sebagai tenaga pengajar di laman sosial Instagram dan akan menjalan tugas mendidik pelajar Semester Satu sesi akademik 2026/2027 bagi kursus LMCZ-1512 Seni Lakon 1 di Kampus UKM Bangi.

Artikel Berkaitan:

dipertikai, pentadbir pusat pengajian tinggi itu mengesahkan pemilihan dibuat berdasarkan pengalaman luas pelawak itu dalam industri seni.

UKM dalam satu kenyataan berkata, Shahrol dilantik sebagai pengajar sambilan Kursus Citra Universiti bagi kelas Seni Lakon yang mengkhususkan kepada bidang stand-up comedy di bawah Kursus Citra Kebudayaan.

“Shahrol Shiro dilantik sebagai pengajar sambilan Kursus Citra Universiti bagi Kelas Seni Lakon yang mengkhususkan kepada stand-up comedy di UKM.

“Kursus Citra UKM (Seni Lakon) adalah kursus di bawah Citra Kebudayaan yang ditawarkan kepada pelajar bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam bidang seni persembahan khususnya aspek asas lakonan serta persembahan,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan sama, UKM turut mengesahkan pelantikan Shahrol sebagai tenaga pengajar sambilan Citra Universiti di Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC) bagi Semester I sesi 2026/2027.

FPSC merupakan fakulti yang mengkhususkan kepada pengajian transdisiplin, pengajian umum termasuk kursus kebudayaan, sukan dan badan beruniform.

Terdahulu, pelantikan Shahril telah mengundang pelbagai pandangan dalam kalangan mahasiswa dan warga maya.

Sekadar info, Shahrol juga pemegang Diploma Profesional Perniagaan dan Pemasaran Digital dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada November 2025.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang