Hujung minggu di Bukit Bintang rasa macam di Jepun, ada Gashapon dan cosplay
KALAU belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Jepun, hujung minggu ini mungkin boleh dimanfaatkan untuk merasai sedikit suasananya di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Dari 2 hingga 4 Oktober, The Starhill Ground Floor Piazza, Bukit Bintang bakal berubah wajah dengan pelbagai aktiviti berinspirasikan budaya Jepun menerusi Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist.
Bukan sekadar datang melihat-lihat, pengunjung boleh menyertai beberapa aktiviti interaktif sambil mengenali elemen budaya Jepun dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan.
Antara yang menarik ialah aktiviti mengumpul setem di beberapa stesen pengalaman. Setiap stesen menawarkan aktiviti berbeza yang boleh diterokai pengunjung sepanjang berada di lokasi berkenaan.
Dalam masa sama, pengunjung berpeluang mencuba Yeo’s Teriyaki Tuna, produk tuna terbaharu yang menggabungkan isi tuna dengan sos teriyaki.
Perisa berinspirasikan Jepun itu melengkapkan rangkaian tuna Yeo’s yang turut mempunyai Yeo’s Chilli Tuna.

Bagi yang gemarkan aktiviti bergambar pula, ruang fotografi bertemakan Jepun turut disediakan untuk mengabadikan kenangan sepanjang kunjungan.
Cuba nasib, mungkin rezeki ke Jepun
Satu lagi tarikan yang dijangka mencuri perhatian ialah permainan Gashapon.
Pengunjung berpeluang mencuba nasib untuk membawa pulang pelbagai hadiah termasuk baucar onsen, baucar Gochiso, produk Yeo’s dan tambah nilai Touch ‘n Go.
Lebih menarik, terdapat juga tiket penerbangan ke Jepun untuk dimenangi.
Bukan itu sahaja, pengunjung yang gemarkan dunia anime dan watak fiksyen boleh menampilkan gaya masing-masing menerusi Pertandingan Cosplay yang turut diadakan sepanjang acara.
Pada 3 Oktober, pelancaran rasmi Yeo’s Teriyaki Tuna pula akan diserikan dengan gimik gendang Jepun bagi menambahkan lagi kemeriahan acara.
Dari Bukit Bintang, suasana Jepun dibawa ke jalanan
Kemeriahan tidak hanya tertumpu di lokasi acara. Yeo’s turut merancang aktivasi gerila di sekitar Bukit Bintang dengan kru yang mengenakan kimono serta pakaian tradisional Jepun atau wafuku.
Konsep itu mengambil inspirasi daripada suasana meriah di Shibuya Crossing, Tokyo, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat kelibat mereka secara lebih dekat dan merakam momen unik tersebut.

Bagi yang tidak sempat berkunjung ke acara berkenaan, masih ada peluang untuk menyertai “Yeo’s To Japan Contest – Win Tickets to Japan” yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 30 November.
Sebanyak 12 pemenang bakal dipilih menerusi peraduan berkenaan.
Jadi, kalau kebetulan berada di sekitar Bukit Bintang bolehlah singgah ke The Starhill Ground Floor Piazza. Mana tahu, selain dapat menikmati cita rasa baharu, dapat juga merasai sedikit suasana Jepun tanpa perlu menaiki kapal terbang terlebih dahulu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

