Bukan kekayaan jadi perhatian, Rita Rudaini kagum adab dan cara Cik B bawa diri, ‘Dia macam ChatGPT versi manusia’

No Image Caption
A
A
A

PERTEMUAN singkat dengan Cik B rupanya meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat pelakon Rita Rudaini. Sampai ke rumah, cerita tentang anak Datuk Seri Vida itu masih menjadi bahan bualannya bersama anaknya.

Bukan kerana kemewahan atau apa yang dimiliki Cik B, sebaliknya adab dan cara dia membawa diri yang membuatkan Wanita itu jatuh suka dan kagum.

Menerusi perkongsian di media sosial, Rita mengakui perbualannya bersama Cik B terbawa-bawa sehingga ke rumah. Malah, anak sulungnya yang menghubunginya pada jam 12.30 malam membuatkan perbualan mengenai wanita muda itu bersambung lagi.

“Semalam saya jumpa Cik B. Berborak macam-macam dengan Gen Z ni… tapi entah kenapa, borak tu terbawa-bawa sampai saya balik rumah.

“Sampai rumah saya cerita dekat anak-anak saya pasal Cik B. Tak habis lagi… anak sulung saya call pukul 12.30 malam, saya sambung lagi cerita pasal Cik B.

“Kenapa sampai macam tu sekali? Sebab adab dia,” tulis Rita.

No Image Caption

Menurut anak kelahiran Perlis itu lagi, walaupun Cik B atau nama sebenaranya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mungkin memiliki pelbagai perkara dalam hidupnya, sisi yang paling menyerlah ketika mereka bertemu bukanlah soal kemewahan.

Sebaliknya, cara gadis berusia 21 tahun tersebut menjawab setiap soalan dan membawa diri sepanjang perbualan membuatkan Rita berasa kagum.

“Cik B mungkin ada segalanya, tapi apa yang paling menyerlah pada saya bukan apa yang dia miliki, tapi cara dia membawa diri.

“Apa saja kami borak, apa saja kami tanya, dia jawab dengan sangat matang, tenang dan cool,” kata ibu kepada dua anak lelaki.

Malah, Rita sendiri sempat berseloroh apabila melihat cara Cik B berfikir dan menjawab pelbagai perkara.

“Eh, siapa sebenarnya Gen Z ni? Kami ke Cik B?” katanya sambil ketawa.

Apa yang lebih menarik perhatian Rita ialah cara Cik B berkongsi pandangan mengenai pengalaman hidup, termasuk bagaimana dia berdepan keadaan apabila dimarahi ibunya serta cara melihat sesuatu perkara dengan perspektif tersendiri.

No Image Caption

Bagi Rita yang sudah melalui pelbagai pengalaman dan bertemu ramai orang sepanjang hidupnya, tidak mudah untuk menemui anak muda seusia Cik B yang mampu membawa diri dengan tenang dan matang.

Malah, Rita menyifatkan Cik B yang juga pempengaruh media social itu seperti ‘ChatGPT versi manusia’ kerana hampir setiap perkara yang dibualkan mempunyai jawapan.

“Bezanya jawapan dia datang dengan ketenangan, positif dan kadang-kadang buat kita yang lebih berusia pula terfikir,” ujarnya.

Bagi pelakon itu, pencapaian dan kejayaan bukan satu-satunya perkara yang menjadikan Cik B yang juga pelakon dan penyanyi menarik untuk diperhatikan.

Sebaliknya, keperibadian serta nilai yang dibawa wanita muda itu boleh menjadi contoh kepada generasi sebayanya.

“Cik B bukan sekadar anak muda yang berjaya.

“Pada saya, dia antara ikon Gen Z yang baik untuk anak-anak muda jadikan contoh… beradab, cool, positif, matang dan tahu siapa dirinya,” katanya.

No Image Caption

Rita juga memahami mengapa Datuk Seri Vida sering menyifatkan Cik B sebagai ‘anak mama yang hebat’.

“Patutlah Datuk Vida selalu panggil dia, ‘Cik B, anak mama yang hebat.’

“Ya… saya akui. Cik B memang anak yang hebat,” katanya.

Pada penghujung perkongsiannya, Rita turut menitipkan penghargaan buat Datuk Seri Vida atas usaha membesarkan seorang anak yang menurutnya mempunyai nilai diri yang begitu baik.

Baginya, kemewahan mungkin mampu memberikan seseorang pelbagai perkara, tetapi tidak semuanya boleh dibeli dengan wang.

“Banyak benda boleh dibeli dengan duit. Tapi adab, kematangan dan cara membawa diri… itu kekayaan yang sebenar,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang