Hari lahir Vida bertukar duka, Cik B terima berita pemergian bapa -'Tak tahu bagaimana nak rasa’
HARI yang sepatutnya dipenuhi kegembiraan boleh berubah menjadi saat paling sukar apabila khabar duka hadir tanpa diduga. Apatah lagi apabila dua peristiwa besar berlaku serentak, membuatkan hati sukar menentukan sama ada mahu tersenyum atau menangisi kehilangan.
Itulah yang dilalui pempengaruh, Cik B, apabila hari lahir ibunya, usahawan terkenal Datuk Seri Vida, turut diselubungi berita pemergian bapanya.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Cik B meluahkan perasaan bercampur-baur yang sukar digambarkan apabila menerima berita duka itu pada hari istimewa buat ibunya.

“Today is Mama’s birthday, and today also Cik B dapat berita yang Abah dah meninggal dunia. I honestly don’t know how to feel. A day that’s supposed to be filled with happiness, but instead, I’m grieving. Al-Fatihah,” tulisnya.
Perkongsian itu memperlihatkan betapa sukarnya untuk meraikan hari istimewa keluarga apabila dalam masa sama perlu menerima hakikat kehilangan insan tersayang.
Dalam keadaan sedemikian, kegembiraan dan kesedihan boleh hadir serentak. Namun, tidak mudah untuk seseorang memproses kedua-dua emosi itu, lebih-lebih lagi apabila berita kehilangan datang pada hari yang sepatutnya diraikan dengan penuh kebahagiaan.

WARGA MAYA TITIP DOA, UCAPAN TAKZIAH
Hantaran berkenaan mengundang perhatian warga maya yang turut bersimpati dengan apa yang dilalui Cik B dan keluarganya.
Rata-rata menitipkan ucapan takziah selain mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.
“Cik B... salam takziah buat Cik B dan keluarga. Al-Fatihah buat arwah.”
Seorang pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman berdepan situasi hampir sama apabila tarikh hari lahir ibu juga menjadi hari pemergian ahli keluarga.
“Mcm kami... hari jadi ibu, tapi tarikh yang sama juga atok sebelah ibu meninggal. Nak celebrate, tapi merindui.”
Ada juga yang mengingatkan Cik B agar tidak berasa serba salah untuk bersedih meskipun hari berkenaan merupakan hari lahir ibunya.
“Salam takziah. Jangan serba salah, you're allowed to grieve. Mama Cik B baik, she loves you regardless.”

Selain ucapan simpati, warga maya turut mendoakan agar Cik B diberikan kekuatan untuk melalui saat sukar itu, manakala ibunya, Datuk Seri Vida, terus dikurniakan ketenangan dan kesejahteraan.
Sesungguhnya, kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. Dalam menghadapi saat sebegini, ruang untuk bersedih dan masa untuk memulihkan emosi amat bermakna.
Semoga Cik B sekeluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
