‘Isteriku moga ALLAH menitipkan barakah...’ Puisi Fedtri Yahya sempena birthday Nurul Anati menyentuh hati

No Image Caption
A
A
A

PENGACARA terkenal, Fedtri Yahya menitipkan ucapan penuh makna buat isteri tercinta, Nurul Anati Ismail sempena ulang tahun kelahiran.

Diijab kabul pada 28 Mei 2011, ucapan penerbit eksekutif Malaysia Hari Ini tersebut mengenang jasa dan pengorbanan suri hatinya menyentuh hati ramai.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau berkongsi puisi indah yang menggambarkan keindahan peribadi wanita yang dicintainya.

Personaliti media sosial yang dua kali berturut-turut menjuarai Pesta Pantun HAWANA–Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA), turut menyelitkan ungkapan puitis yang sarat dengan penghargaan terhadap pengorbanan isteri.

15 tahun menganyam kasih dan membina keluarga, Fedtri tidak lupa menitip luahan dan menyatakan penghargaan buat Nurul Anati.

No Image Caption

"Bunga akan layu apabila sampai waktunya, namun keindahanmu terus mekar kerana iman menjaga akarnya dan cinta menyantuni setiap kelopaknya.

"Selamat hari lahir, isteriku tercinta. Semoga ALLAH menitipkan barakah pada setiap hela nafasmu, melapangkan hatimu dan membalas segala lelah yang diam-diam kau sembunyikan demi senyum kami seisi rumah.

"Rumah ini ialah kanvas yang kau warnai dengan halus budimu. Pada dindingnya, ada cerita kita.

Artikel Berkaitan:

Artikel berkaitan:

"Pada teduhnya, ada doa-doamu. Pada bahagianya, ada letihmu yang jarang bersuara.

"Hujan rintik, hujan lebat, ada hari kita berteduh, ada hari kita basah bersama. 

"Namun dalam dingin yang singgah, kehangatan sabarmu selalu membuat kami tahu. Dirimu adalah tempat pulang setiap cinta," kongsinya.

Hantaran yang menerima lebih 5,000 tanda suka itu menyentuh hati warga maya. Rata-rata menzahirkan tahniah dan mendoakan agar pasangan itu bahagia sehingga ke syurga.

Sekadar info, Fedtri yang juga penulis lirik lagu Rencong dan Mikraj Cinta nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza berkahwin dengan Nurul Anati pada 28 Mei 2011.

Pasangan manis berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang