'Tidak ditidurkan...' – Amir Raja Lawak stabil di ICU, Lando Zawawi nafi khabar angin
PELAWAK Amir Raja Lawak masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), susulan jangkitan paru-paru.
Bagaimanapun, perkembangan terkini pelawak itu dilaporkan stabil meskipun masih ditempatkan di ICU.
Perkara itu dimaklumkan aktivis dan pelakon, Lando Zawawi yang meminta orang ramai tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai keadaan kesihatan rakannya itu.
Menerusi perkongsian di media sosial, Lando menjelaskan dakwaan kononnya Amir sudah ditidurkan adalah tidak benar.
Sebaliknya, gambar yang tersebar memaparkan pelawak itu sedang tidur dan bukannya menjalani prosedur berkenaan.

"Perkembangan terkini Amir. Info famili mengatakan dia masih stabil walau masuk ICU.
"Gambar yang tersebar kononnya dia ditidurkan adalah tidak tepat. Sebenarnya tu gambar tengah tidur dan dia belum melalui proses ditidurkan.
"Korang jangan info bukan-bukan sampai saya pun terpecaya. Ingatlah bahawa kata-kata ini doa. Jadi betui betui kang, Kan tak baik.
"Oleh itu mari kita sama sama meneruskan doa agar dia kekal stabil dan tak perlu lalu proses tu," kongsi Lando.
Dalam pada itu, Lando turut mengajak orang ramai bersama-sama mendoakan agar keadaan Amir terus menunjukkan perkembangan positif dan tidak memerlukan prosedur berkenaan.
Terdahulu, Amir dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan paru-paru.
Untuk rekod, pelawak itu juga mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
