Mawar Karim luang masa bersama Maryam dan anak-anak Fazeera, netizen puji kemesraan mereka – ‘Alhamdulillah, suka tengok suasana begini’
MELIHAT anak-anak daripada keluarga berbeza boleh duduk bersama, bergurau dan meluangkan masa tanpa rasa janggal pastinya memberikan satu gambaran indah tentang erti kasih sayang.
Momen sebegitu turut menarik perhatian pengguna media sosial apabila usahawan, Mawar Karim dilihat meluangkan masa bersama anak perempuannya, Wan Maryam serta dua anak Fazeera Nazri, iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Perkongsian video oleh usahawan, Ridzuan Ridzokumura menerusi akaun Threads miliknya baru-baru ini memperlihatkan suasana santai mereka ketika berada di sebuah restoran.
“Jom jalan-jalan bawa anak-anak,” ungkapnya ringkas menerusi kapsyen di Threads miliknya .

Menerusi rakaman tersebut, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim dilihat melayan ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan dengan penuh kemesraan.
Pemilik jenama tudung popular Fareeda itu juga kelihatan selesa meluangkan masa bersama Wan Khaleeda dan Wan Umaira yang tidak kekok berada di sisinya.
Gelagat mereka yang sesekali tersipu malu ketika diajukan pertanyaan turut mencuit perhatian, sekali gus memperlihatkan suasana mesra sepanjang pertemuan itu.
Walaupun perkongsian berkenaan hanya memaparkan detik ringkas, kemesraan yang ditunjukkan Mawar bersama anak-anak Fazeera mengundang pelbagai reaksi positif.
Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan usahawan itu sebagai sesuatu yang baik, selain gembira melihat Maryam dapat meluangkan masa bersama dua kanak-kanak berkenaan.

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk:
“Wah... Bagusnya Mawar. Keluar dengan adik-adik Maryam.”
“Comelllll semua... Thanks Mawar dan Ridzokumura bawa diorang bonding. Happy relationship.”
“Alhamdulillah. Suka tengok suasana begini.”

Dalam pada itu, hubungan kekeluargaan yang harmoni pastinya memberikan pengalaman bermakna buat anak-anak apabila mereka berpeluang membina kenangan bersama insan di sekeliling.
Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Fizo Omar pada November 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.
Bagaimanapun, pasangan itu mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada Julai 2019 selepas hampir enam tahun mendirikan rumah tangga.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
