Payish restu Fazley Yaakob lamar Vida, gembira bakal miliki abang dan kakak – ‘The more the merrier’

No Image Caption
A
A
A

KEPUTUSAN untuk membina kehidupan bersama seseorang bukan hanya melibatkan dua hati, sebaliknya turut membawa bersama keluarga yang bakal disatukan.

Begitu juga dengan langkah Datuk Fazley Yaakob melamar usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV), yang disambut baik anak-anaknya, terutama anak sulung, Ahmad Fariedz Shah atau lebih dikenali sebagai Payish.

Bagi Payish, keputusan bapanya itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Fazley terlebih dahulu mendapatkan pandangan dan berbincang dengan anak-anak sebelum melaksanakan hasrat tersebut.

Malah, pemuda itu mengakui berasa lega dan gembira apabila mengetahui adik-beradiknya turut selesa dengan keputusan berkenaan, sekali gus memberikan restu buat hubungan istimewa bapanya bersama usahawan berkenaan.

Menceritakan perkara itu kepada media baru-baru ini, Payish berkata, bapanya sudah berkongsi perancangan untuk melamar DSV kira-kira tiga minggu sebelum perkara tersebut dilakukan.

No Image Caption

“Dida tanya lebih kurang tiga minggu lalu mengenai perancangannya. Dia tanya apa pendapat saya sekiranya Dida nak melamar Mama Vida.

“Jadi, saya rasa sangat gembira dan puas hati kerana saya mahu Dida dan Mama Vida juga gembira. Paling penting, saya dan Cik B terima, begitu juga adik-adik saya yang lain. Semuanya selesa,” katanya.

Mengubah perjalanan kehidupan keluarga

Menurutnya lagi, sepanjang proses tersebut bapanya sentiasa memastikan anak-anak masing-masing selesa dengan keputusan yang bakal mengubah perjalanan kehidupan keluarga mereka.

Malah, perkara itu turut mendapat perhatian Fazley yang mahu memastikan Cik B dan Kacak, anak-anak DSV, menerima kehadirannya dengan hati terbuka.

No Image Caption

Payish menyifatkan DSV sebagai seorang wanita yang baik hati, pemurah dan mempunyai pegangan agama yang disenanginya.

“Apa yang paling saya suka tentang Mama Vida? Dia sangat baik hati dan generous,” ujarnya.

Dalam masa sama, Payish tidak menafikan ada perasaan gementar ketika menantikan jawapan terhadap lamaran bapanya. Namun, kelegaan jelas dirasai apabila semuanya berjalan seperti yang diharapkan.

Baginya, perkara paling utama adalah kebahagiaan kedua-dua pihak serta hubungan kekeluargaan yang terjalin selepas ini.

“Ya, kita semua berdoa supaya semuanya berjalan dengan lancar dan berpanjangan sehingga akhirat. Jadi, kita memang semua berdoa bersama-sama,” katanya.

No Image Caption

Bakal ada abang dan kakak, Payish akui satu kelegaan

Selain merestui hubungan bapanya dengan DSV, Payish turut teruja dengan satu lagi perubahan yang bakal mewarnai kehidupan mereka sekeluarga.

Sebagai anak sulung, dia mengakui sudah terbiasa memikul tanggungjawab menjaga dan mengambil berat tentang adik-adiknya sejak sekian lama.

Justeru, kehadiran Cik B dan Kacak dalam keluarga bukan sekadar menambah ahli keluarga, malah membuka ruang untuknya merasai pengalaman mempunyai abang dan kakak.

Payish berkata, sepanjang hidupnya dia tidak pernah mempunyai abang mahupun kakak untuk dijadikan tempat berkongsi pandangan.

“Saya memang anak sulung. Saya pun tak pernah ada kakak atau abang. Seumur hidup, saya kena jaga adik-adik saya.

“Tapi sekarang dengan Cik B dan Kacak, saya boleh relax sikit. Saya boleh dapat pandangan abang dan pendapat kakak. Jadi, ia satu kelegaan besar dalam hidup saya,” jelasnya.

No Image Caption

Malah, dia menyifatkan pertambahan ahli keluarga itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan kerana kini lebih ramai individu untuk berkongsi cerita dan menghabiskan masa bersama.

“The more the merrier overall,” katanya.

Bagi Payish, kebahagiaan keluarga bukan sekadar tentang hubungan antara pasangan, tetapi juga keselesaan anak-anak menerima satu sama lain.

Apabila setiap pihak saling menghormati dan memberikan ruang untuk membina hubungan baharu, ikatan kekeluargaan yang terbentuk pastinya lebih bermakna.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang