Abang sulung Rita Rudaini meninggal dunia, rebah ketika sertai program di Kelana Jaya
PEMERGIAN insan tersayang pastinya meninggalkan kesan mendalam, apatah lagi apabila kehilangan itu berlaku secara mengejut. Begitulah dugaan yang perlu dilalui pelakon Rita Rudaini apabila abangnya, Ahmad Musyaiful Mokhtar, menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), awal pagi tadi.
Memetik perkongsian Melodi, sebelum kejadian itu, Allahyarham dikatakan rebah ketika menghadiri dan menjayakan sebuah program membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya.
Berita duka berkenaan turut dikongsikan menerusi Insta Stories milik @sudyrtahir yang memperlihatkan pelakon itu berada di hospital dalam keadaan sebak.
Lebih meruntun hati, Rita dilihat memeluk erat jenazah abangnya seolah-olah sukar menerima hakikat kehilangan insan yang begitu dekat dalam hidupnya.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada maklumat lanjut dikongsikan berhubung punca kematian Allahyarham.
Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala Rita serta seluruh keluarga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.
Sumber: Melodi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

