KEPADA yang menjadikan siaran berita Nightline, TV3 sebagai wadah untuk mendapatkan informasi, wajah Nadia Azmi bukan asing lagi.

Bukan itu sahaja, pelayar TikTok juga mengenalinya. Empunya diri tanpa jemu memberi tunjuk ajar tentang penggunaan bahasa Inggeris yang paling mudah untuk difahami kepada pelayar di alam maya.

Benar, pembaca berita hanya sekadar membacakan teks yang terpampang di prompter, tetapi cara penyampaian Nadia tersendiri.

Nadia

Sebutan wanita berusia 36 tahun itu jelas dan ekspresi wajahnya selari dengan laporan yang dibacakan. Dari kaca mata penulis, beliau umpama Wan Zaleha Radzi era kini.

Ketika bertandang ke Studio A, Sinar Karangkraf, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, kami terus menggali inti pati diri beliau yang tidak pernah terpampang melalui mana-mana paparan media.

Baca ni Marion Caunter didik anak hargai kemerdekaan negara. Hadir dengan buah tangan baharu khas untuk rambut wanita

nadia azmi

Kepada satu soalan, Nadia berkata, menetap seketika di Amerika Syarikat (AS) telah membolehkan beliau fasih berbahasa Inggeris.

“Ayah saya seorang ahli akademik, dari kecil saya dan adik diasuh dengan pendidikan terbaik. Kami belajar di Madison, Wisconsin, AS kerana mengikut ayah sambung pengajian dalam Ijazah Kedoktoran di sana.

“Ibu dan ayah juga suka menonton berita. Jadi, persekitaran itu mempengaruhi saya. Saya terikut-ikut dengan gaya penyampaian berita di sana. Secara tidak langsung ia membentuk diri saya pada hari ini,” ungkapnya.

Beritahu Nadia lagi, tahap pengajiannya bukan berlatar belakangkan bidang penyiaran, tetapi undang-undang.

Anak kelahiran Amerika Syarikat itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang atau LLB.

nadia azmi

“Ya, suatu ketika dahulu, saya sangka minat saya lebih menjadi seorang peguam. Segalanya berubah selepas saya mengikuti latihan kemahiran di Astro Awani. Waktu itu, baru saya sedar, jiwa dan minat lebih ke arah penyiaran berbanding perundangan.

“Pun begitu, saya habiskan juga pengajian dalam LLB. Kembali pada cerita tadi, tamat sahaja latihan, saya terus dilamar sebagai pembaca berita di Hitz FM dan Mix FM sebelum menjadi penyampai berita di Astro Awani (secara tetap) pada tahun 2012,” kongsinya.

Meski sudah mempunyai kerjaya tetap sebagai pegawai perhubungan awam juga, sekali-sekala tuan punya badan ‘dijemput’ membaca berita untuk Nightline sehinggalah bertemu jodoh dan menimang anak.

“Tahun 2016, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan kepada anak-anak, tapi masih dengan TV3 (secara sampingan).

“Sudah ketentuan ILAHI, jodoh saya dan suami tak bertahan lama. Kami berpisah selepas tiga tahun bersama. Bermula saat itu, saya memulakan episod baharu dalam kehidupan,” ujarnya berterus-terang.

pembaca berita

Baca ni ‘Nama itu ingatkan asal usul & dari mana bermula.’ Tiada istilah tangkap muat, Hasif syukur tuah nama Upin buat diri dikenali

FASA DEPRESI
Siapa sangka, wajah manis yang sentiasa menguntum senyuman itu pernah melalui situasi yang cukup gelap-gelita. Selepas bercerai, profesionnya pula seperti dipukul badai.
Namun, Nadia tetap optimis. Dirinya bangkit walau diselubungi perasaan sedih.

“Saya cakap dengan diri, jangan putus asa. Kena bina kembali kerjaya. Malangnya apabila dapat kerja baharu, saya tidak dapat membaca berita atas sebab-sebab tertentu. Kalau diikutkan, dua tahun lamanya saya berhenti daripada melakukan pekerjaan yang sudah menjadi separuh daripada jiwa saya,” ungkapnya.

Rantaian kegelapan itu terus mengekorinya lebih-lebih lagi apabila dunia ‘dihurungi’ wabak Covid-19.

nadia

“Saya melalui fasa depresi yang agak teruk. Waktu itu, saya ialah ibu tunggal, tetapi saya beruntung ada keluarga terutama mak, ayah dan adik yang sentiasa membantu membesarkan anak-anak. Ramai yang tak tahu kisah ini sebenarnya kerana saya bukan jenis yang suka bercerita dengan orang,” dedah beliau.

Lumrah bergelar individu yang dikenali, ada sahaja pancaroba dan juga kritikan yang merengsakan fikiran. Selaku personaliti televisyen, percikan glamornya umpama seorang artis layar perak.

Mengakui hal tersebut, ibu kepada sepasang cahaya mata itu berkata, beliau perlu melaluinya jika mahu terus bertapak dalam dunia penyiaran.

“Awalnya ramai yang kecam, tak suka saya tunjuk pandai. Ada juga yang menegur seperti lupa adab. Daripada situ saya sedar dan faham bagaimana media sosial ini boleh menjadi toksik dalam masyarakat,” luahnya.

Pun demikian, tidak semua yang mencela. Masih wujud insan yang baik hati. Bukan sahaja pelayar, malah dalam kalangan selebriti turut menjadi pengikutnya di media sosial.

nadia azmi

Sesetengah mereka menganggap beliau sebagai guru bertauliah dalam arena pemberitaan.
Daripada hati terdalam Nadia berkata, dirinya bukan sampai ke peringkat itu dan matlamat beliau cuma mahu berkongsi ilmu dengan orang ramai.

“Daripada sekadar suka-suka, tidak sangka sambutan video belajar bahasa Inggeris di TikTok sangat baik. Nawaitu saya waktu itu adalah supaya lebih ramai yang mengenali diri saya sebagai pembaca berita.

“Walaupun cara itu mungkin nampak kecil, namun memainkan peranan besar terutama dalam membina nama, wajah di sebalik bacaan berita,” katanya.

Membuktikan kredibilitinya menguasai bahasa nombor satu dunia tersebut, Nadia ditawarkan sebagai tetamu jemputan untuk siaran radio Kool Fm bersama Muaz dan Haiza melalui slot English On Point.

nadia

“Konten di radio lebih kurang sama dengan apa yang disampaikan menerusi video, namun salurannya menerusi corong radio,” katanya.

Perbualan yang sudah serasi antara kami berdua mendorong penulis bertanya satu pertanyaan.

Baca ni https://sinarplus.sinarharian.com.my/cover-sinarplus/awak-tak-akan-suka-apabila-jadi-terkenal-itu-kata-arwah-azmil-mustapha-kepada-alya-iman/

Kenapa pembaca berita zaman sekarang tidak segah nama-nama seperti Wan Zaleha, Zalina Azman, Yusanani Yushak atau Datin Azlina Redzuan yang tidak perlu berbuat apa-apa, cukup dengan aura mereka tersendiri?

Sambil tersenyum, empunya diri mengucapkan kata-kata berikut:

“Zaman kegemilangan dahulu tiada media sosial, jadi orang hanya tengok TV. Sebab itu pembaca berita zaman dahulu cukup dikenali ramai berbanding sekarang. Mereka juga memiliki kemahiran dwibahasa, selain mampu bersiaran secara langsung dan bukan sekadar membaca berita sahaja. Sebab itu ramai kagum.

Iklan

“Namun, kini elemen sinaran itu sudah hilang. Mungkin ia berubah ikut arus zaman. Saya tidak nafikan, tekanan memang tinggi, namun saya ambil peluang sebagai amanah serta buat yang terbaik. Itu prinsip saya.”

nadia

BARIATRIK?
Bukan sekadar pembaca berita untuk Buletin Utama & Nightline, rezeki Nadia semakin luas apabila ditawarkan menjadi hos untuk program Helo Doktor.

“Sejujurnya, menjadi pengacara dan pembaca berita adalah dua bidang yang berbeza. Namun, saya suka kerana kalau benda mudah kita akan cepat bosan, kan? Lagipun, saya suka mengeksplorasi perkara-perkara baharu,” katanya yang kalau dicongak, sudah lebih sembilan tahun bergelar pembaca berita.

Baca ni ‘Saya mahu jalan terus’. Digelar cepat koyak & sentap, Sissy Iman langsung tak kisah

Sempat juga penulis mengusik beliau yang seolah-olah dilihat mahu membolot semua benda pada satu-satu masa.

“Saya bukan tamak nak bolot semua. Itu rezeki anak-anak. Pun begitu, saya turut berhati-hati. Sementelah, saya juga seorang ibu dan perlu buat aturan masa.

“Bukan mudah, namun minat buat saya bertahan. Bayangkan semua peluang ini datang ketika saya kini berumur 36 tahun. Alangkah baiknya kalau semua ini berlaku ketika usia baru 20-an,” tuturnya sambil tertawa kecil.

Ungkap wanita bertubuh langsing dengan ketinggian 155 sentimeter itu lagi, setiap satu tawaran yang hadir adalah peluang yang dinanti-nantikan sejak dahulu lagi.

“Saya cukup berterima kasih dengan majikan saya yang begitu memahami. Itu yang buat masa saya lebih fleksibel terutama dalam mengatur jadual harian.

“Segala pengalaman dan juga bakat yang ada dalam diri saya ibaratkan nilai tambah yang membantu dalam membina kerjaya. Saya juga cukup bersyukur mendapat peluang dan berada di bawah kepimpinan kini yang nampak akan kebolehan saya dan rakan-rakan lain,” ujarnya dengan penuh rasa kesyukuran.

pembaca berita

Baca lagi ‘Saya bukan playboy, cuma tak cukup matang untuk jadi suami kepada dua isteri’. Iman Zulkarnain mahu lebih berhati-hati

Iklan

Beralih kepada persoalan penjagaan kecantikan, dedah Nadia yang memiliki kulit yang polos, tiada sebarang tip atau rahsia yang diamalkan baik untuk wajah mahupun rambut.

“Bagi saya, kesihatan cukup penting, sebab itu saya mementingkan pemakanan selain tidur yang secukupnya. Jika terlalu sibuk dan sukar luang masa dengan anak, saya akan ambil cuti.

“Sejujurnya, saya mula kenal alat solek apabila memasuki kolej. Lagipun, saya orang yang simple. Saya lebih suka jean berbanding gaun. Cuma nak cari saiz susah kerana tubuh ini agak kecil,” ujarnya.

Mungkin wanita sofistikated itu antara yang bertuah kerana tidak perlu pening kepala memikirkan soal berat badan.

Namun, ramai kaum Hawa banyak bergelut dengan kegemukan sehingga sanggup melabur untuk melakukan pembedahan bariatrik.

Baca lagi Faezah Elai sanggup perlahankan kerjaya demi anak-anak. Tiada istilah diskriminasi dengan anak tiri!

Mendengarkan perkara itu, Nadia terus bersuara. Tegas beliau, usah mudah terpengaruh dan jangan buat keputusan tidak bijak.

nadia

“Pada saya, jika ada keperluan dan taraf kesihatan memang memerlukan anda berbuat demikian, tiada masalah. Paling penting dapatkan konsultansi doktor dahulu. Namun, kalau sekadar nak cantik, rasanya tidak perlu.

“Saya punya kawan yang melakukan rawatan tersebut, namun beliau melakukan atas dasar kesihatan diri. Seorang kawan lagi turut buat atas saranan doktor demi kemaslahatan tubun badannya.

“Alhamdulillah, sehingga kini, tiada sebarang kesan negatif. Cuma nasihat saya, setiap benda ada baik dan buruk. Justeru, berpada-pada dengan apa yang dilakukan,” ulas Nadia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang