SEJAK berkahwin dengan pewaris takhta Britain, Putera William pada 29 April 2011, Kate Middleton yang dikenali sebagai The Princess of Wales menjadi kesayangan rakyat United Kingdom.

Pasangan yang dikurniakan gelaran itu selepas mengambil alih peranan baharu mereka selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September 2022.

Sekeping gambar rasmi telah dikeluarkan pihak Istana Kensington sejak kerabat diraja itu menjalani pembedahan abdominal pada Januari lalu.

Pun begitu, wajah Kate yang ‘diambil’ daripada muka depan majalah lain dan keanehan pada pakaian anak-anaknya dan gambar Hari Ibu itu merancakkan lagi spekulasi mengenai puteri itu.

Kajian terperinci pada gambar terbaharu itu menunjukkan piksel pada sekurang-kurangnya 26 kawasan telah diubah dengan ketara.

“Seperti kebanyakan jurugambar amatur, saya kadang-kadang bereksperimen dengan penyuntingan.

“Saya ingin membuat permohonan maaf atas sebarang kekeliruan yang disebabkan oleh gambar keluarga yang kami kongsi semalam,” kata Kate dalam kenyataan.

Istana Kensington terdahulu mengumumkan Kate menjalani “pembedahan abdomen yang dirancang” pada 17 Januari, namun tidak memberikan maklumat berkenaan pembedahan itu secara terperinci.

Kate dijangka tidak membuat kemunculan semula sehingga selepas perayaan Easter, yang jatuh pada 31 Mac tahun ini, menurut kenyataan awal istana.

Difahamkan Middleton tidak pernah ditemui di mana-mana acara sejak kebelakangan ini. Satu-satunya foto terbaharunya ialah gambar paparazi yang diterbitkan oleh TMZ pada 4 Mac lalu.

Kate dilihat berada di tempat duduk penumpang dalam kenderaan yang dipandu oleh ibunya, Carole, berhampiran Istana Windsor.

Ketiadaan penampilan umum oleh Kate telah mencetuskan tanda tanya dan teori konspirasi sama ada Kate masih hidup atau perkahwinannya dengan Putera William sedang bermasalah.

Tidak ketinggalan juga yang mengaitkan misteri kehilangan Kate dengan kematian mengejut Thomas Kingston yang merupakan bekas teman lelaki kakaknya, Pippa Middleton dan suami kepada Lady Gabriella, sepupu kedua Raja Charles III.

Malah teori yang lebih ekstrem turut membuat perkaitan dengan bekas peragawati dan rakan baiknya Rose Hanbury yang didakwa pernah menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Namun tiada satu pun teori-teori berkenaan berjaya dibuktikan.

Pengulas diraja, Jack Royston sebelum ini meluahkan rasa pelik tentang bagaimana Istana begitu berahsia mengenai kesihatan dan keberadaan Kate.

“Perkara yang pelik ialah istana boleh membuat semua spekulasi hilang dengan satu gambar Kate, tetapi mereka nampaknya tidak mahu berbuat demikian,” kata Royston.

Sebelum ini, pihak istana hanya berkongsi butiran ringkas mengenai keadaan kesihatan Middleton sekali gus mencetus spekulasi di media sosial.

Bagaimanapun ia disahkan tiada kaitan dengan penyakit barah.

Kate yang menjalani sesi pemulihan di kediaman sendiri dan meminta agar diberikan privasi kepadanya buat sementara sementara tugas menghadiri acara kesihatan diambil alih sepupu suaminya, Puteri Beatrice.

Iklan

Berikut adalah 10 info menarik berkaitan Kate:

1-Kate atau nama penuhnya Catherine Elizabeth Middleton dilahirkan pada 9 Januari 1982 di Reading, Berkshire, England.

2-kate adalah anak sulung daripada tiga adik beradik. Bapanya, Michael Middleton merupakan penghantar penerbangan manakala ibunya ialah pramugari di British Airways.

3-Baginda mendapat pendidikan di Sekolah St Andrew dan Kolej Marlborough sebelum melanjutkan pengajian di Universiti St Andrews di Scotland yang menjadi saksi pertemuannya dengan Putera William pada tahun 2001.

4-Wanita bertuah itu bekerja dalam bidang peruncitan dan pemasaran dan aktf melakukan kerja amal sebelum pertunangannya dengan pewaris tahta Britain diumumkan pada November 2010.

5-Paling istimewa, Kate menerima cincin milik mendiang bakal ibu mentuanya, Diana Spencer sebagai cincin pertunangan.

6-Pasangan itu berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey. Tarikh berkenaan diisytiharkan sebagai cuti bank di United Kingdom. Perkahwinan diraja itu disaksikan sekitar 300 juta di seluruh dunia.

7-Kate terdahulu diberi gelaran Catherine, Duchess of Cambridge, bersesuaian dengan gelaran suaminya.

Iklan

8-Kate Middleton menjadi Putera Mahkota selepas bapa mentuanya, Raja Charles III menjadi raja menggantikan Ratu Elizabeth II.

9-Putera William dan Kate Middleton mempunyai dua orang putera dan seorang puteri yang tersangatlah comel, iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis Arthur Charles.

10-Kediaman rasmi keluarga itu ialah Istana Kensington. Selain menjalankan tugas diraja, Kate menumpukan masanya untuk menyokong beberapa tujuan dan organisasi amal.

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!