16 beradik terpaksa naik bas kalau mahu keluar berjalan bersama-sama!

Pernah tak kalian mendengar kisah seumpama itu?

Sebelum itu, apa yang SinarPlus boleh katakan, hidup dalam keluarga yang ramai memang menyeronokkan kalau difikirkan semula.

Masakan tidak, suasana yang riuh dan meriah memang akan menjadi penyeri dalam sesebuah rumah.

Pun demikian, bukan mudah sebenarnya tanggungjawab mak ayah dalam membesarkan anak dalam kuantiti sebegitu ditambah dengan perangai yang macam-macam.

Itu satu hal. Kalau memasak untuk sarapan, makan tengah hari termasuk makan malam, mesti dalam porsi yang besar.

Begitu juga dengan halnya ketika mencuci pakaian.

Segala yang SinarPlus katakan itu semua berlaku kepada pasangan Tiffany dan Benji Nelson yang mempunyai 16 orang anak lingkungan usia 20 tahun hingga lima bulan.

Satu video Tiktok @keenadee_haddock yang dimiliki oleh anak perempuan sulung Nelson, KennaDee Haddock, 25, yang memaparkan kehidupan mereka sekeluarga di United Kingdom tular di media sosial.

Berdasarkan video berkenaan, rumah mereka mempunyai tiga buah peti sejuk dan lima buah peti sejuk beku untuk memastikan semua ahli keluarga dapat makanan yang secukupnya.

Keluarga itu juga menyediakan meja makan besar (lazy Susan) untuk memudahkan makanan diambil tanpa perlu bangun dari tempat duduk.

Perkongsian video tersebut turut mempamerkan kawasan taman yang luas untuk kesemua 16 orang adik beradik itu berkahwin, sebelum menunjukkan bas panjang putih yang digunakan setiap kali mereka keluar bersama.

Bagi mencuci pinggan, dua mesin basuh pinggan mangkuk dibeli bagi memastikan kerja dalam rumah lebih mudah.

Menariknya, keluarga itu mempunyai laman YouTube mereka sendiri.

Iklan

Satu lagi, keluarga pasangan Tiffany dan Benji Nelson memiliki rumah agam yang besar dan mempunyai 10 buah bilik air, bilik gimnasium persendirian, bilik persalinan yang besar dan bilik pejabat.

Susulan itu, ramai netizen berseloroh mahu menjadi anak angkat kepada keluarga itu.

Bercakap tentang keluarga besar, di Malaysia sendiri pun tidak kurang hebatnya.

Rakan penulis misalnya mempunyai 12 adik beradik. Si sulung berusia 50 tahun dan paling bongsu berusia 21 tahun.

Iklan

Apabila Hari Raya, rumah mereka umpama sedang mengadakan kenduri! Memang meriah

Pastinya, mak ayah tersenyum lebar apabila anak membesar dengan jayanya di depan mata.

Baca juga Baru 2 kali jumpa, gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta

Jangan lupa follow kami di Instagram! Layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI