20 tahun koma, Putera Arab Saudi, Putera Al Waleed Khaleed Talal mangkat

A
A
A

KISAH Putera Arab Saudi, Putera Al Waleed Khaleed Talal yang mengalami kemalangan kereta pada tahun 2005 dan koma selama 20 tahun pernah tular.

Dikenali sebagai Putera Tidur, baginda disahkan mangkat pada usia 36 tahun selepas mengharungi tempoh koma selama dua dekad.

Berita kemangkatan putera raja Arab Saudi pada Sabtu itu mencetuskan gelombang kesedihan di media sosial, dengan ribuan pengguna menyampaikan ucapan takziah dan doa buat keluarga diraja berkenaan.

Putera Khalid bin Talal, bapa kepada Al-Waleed, mengesahkan pemergian anakandanya itu menerusi hantaran di platform X.

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai,” tulisnya dalam hantaran penuh emosi.

“Dengan hati yang reda terhadap ketentuan ALLAH dan penuh kesedihan, kami mengumumkan kemangkatan anakanda kami tercinta, Putera Al-Waleed bin Khalid bin Talal bin Abdulaziz Al Saud. Semoga ALLAH merahmatinya,” tambahnya lagi.

Artkel penuh: 

Putera Arab Saudi masih koma sejak 17 tahun lalu. Ini penjelasan baginda masih bertahan

Menurut Putera Khalid, solat jenazah bakal diadakan pada Ahad, manakala tahlil dan ziarah takziah akan berlangsung selama tiga hari bermula Ahad hingga Selasa.

Kehidupan Putera Al Waleed ibarat seperti kisah dongeng kanak-kanak, Sleeping Beauty. Justeru, beliau digelar sebagai 'putera tidur'.

April lalu, Puteri Rima menitipkan doa penuh kasih.

“Wahai kekandaku tercinta, Al-Waleed bin Khalid, 21 tahun dan kamu sentiasa hadir dalam hati kami serta doa orang yang menyayangimu. Ya ALLAH, sembuhkanlah hambaMU ini - hanya Engkau mengetahui kelemahannya, wahai Tuhan langit dan bumi."

Keadaan Putera Al Waleed tidak baik beberapa bulan lalu apabila doktor mengesan bengkak pada kelenjar  yang membawa kepada beberapa ujian lanjut.

Detik paling manis sepanjang putera itu koma ialah apabila baginda dilihat menggerakkan tangan, menyuntik harapan buat keluarga dan rakyat yang terus mendoakannya.

Sebelum 20 tahun koma, cucu kepada Raja Saud itu terdahulu mengalami kemalangan jalan raya di London. 

Kemalangan tersebut berlaku ketika baginda sedang menuntut di sebuah kolej ketenteraan di sana dan mengakibatkan pendarahan otak.

Sejak itu, baginda kekal bergantung kepada alat sokongan hayat di Pusat Perubatan Raja Abdulaziz di Riyadh, Arab Saudi.

Sumber: Awani, X

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang