PERCAYA atau tidak, rumah terbiar di kepulauan terkemuka Sicily, Itali dijual pada harga serendah RM5.

Memang nilainya tak masuk akal. Malah, jika anda bernasib baik, sebuah rumah boleh beli pada harga lebih murah lagi.

Peluang keemasan pasti akan direbut sesiapa saja yang berminat termasuklah seorang wanita dari California, Amerika Syarikat.

Lapor India Times, Rubia Daniels tanpa berfikir panjang telah membeli hartanah di sana selepas menerima info mengenai jualan harga runtuh tersebut.

Nak dijadikan cerita, bukan satu tetapi tiga kediaman usang dibeli wanita berusia 49 tahun tersebut di Mussomeli yang terletak berhampiran bandar Sicily.

rumah murah

Pekan kecil tersebut hanya didiami lebih kurang 10,000 penduduk.

Apa yang menarik perhatian, Daniels bukanlah membeli untuk tujuan koleksi peribadi, tetapi ada niat murni lain.

Baca juga Teruja dapat beli kediaman murah, rupa-rupanya rumah tersebut lubuk pembunuhan warga emas, OKU

Beliau dilaporkan, menambah baik fasiliti dan kemudian membina rumah kebajikan dan pusat kesihatan untuk penduduk.

rumah murah

Satu lagi kediaman dibaik pulih menjadi sebuah galeri seni untuk kemudahan orang ramai.

Agak mengagumkan usaha beliau yang cuba untuk membuat sesuatu bagi menarik lebih ramai orang menetap di sana.

BANDAR MATI

Tawaran harga sangat rendah itu rupa-rupanya sebagai usaha kerajaan Sicily untuk menghidupkan semula bandar terpencil di sana.

Isu kekurangan populasi penduduk lebih memburuk selepas dunia dilanda pandemik wabak Covid-19.

rumah murah

rumah murah

Malah, terdapat beberapa kawasan dipanggil bandar mati kerana tiada penghuni langsung.

Sampaikan pada satu tahap, rumah usang dijual pada harga serendah RM4 terutamanya di kawasan kota Sambuca di Sicilia.

Baca juga Kampung ‘berhantu’ di Scotland dijual bawah RM1 juta. Siap ada pantai peribadi dan bangunan bersejarah kurun ke-17

Iklan

Pun demikian, harga untuk kos renovasi bukanlah murah.

rumah murah

Sekurang-kurang bajet RM109,260 hingga RM409,725 diperlukan untuk sebuah rumah.

Bukan sedikit nilai diperlukan untuk pelaburan hartanah, namun kalau ada duit lebih tak salah, kan?

Baca juga H [VIDEO] Murah selalunya ‘seram’, bermasalah. Hati-hati beli rumah lelong

Kalaulah di Malaysia ditawarkan harga rumah sedemikian rupa, mesti ramai berebut nak beli. Boleh cetus pergaduhan kalau tak kena tempat. 😊

Iklan

rumah murah

Bayangkan sebuah rumah dijual RM5 jer, siapa tak nak belikan walaupun rumah terbiar sekali pun.

Beli dulu kemudian barulah fikir cara nak baiki pula. Sekurang-kurangnya sudah ada aset dalam tangan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.