SETIAP negara di dunia ini mempunyai peraturan atau sistem undang-undang yang berbeza dan tersendiri.

Kebanyakan pelaksanaan tersebut menitikberatkan perbezaan budaya, agama dan etnik masyarakat itu sendiri.

Kadang-kadang, apa yang digariskan mereka tidak masuk akal. Bila kita mendengarnya pun, banyak soalan yang akan bermain di dalam benak.

Namun, apa-apapun, kita perlu dan wajib respek dengan apa yang dilakukan. Barangkali baik untuk negara masing-masing.

peraturan pelik

Lapor farandwide.com, terdapat 60 peraturan yang pelik dan tidak pernah disangka wujud sebelum ini.

Daripada kesemua itu, SinarPlus senaraikan tujuh negara yang boleh dikatakan the weirdest rule ever yang boleh membuatkan anda garu kepala.

Silap hari bulan, boleh masuk lokap jika tidak peka dengan peraturan aneh tersebut jika mana satu hari nanti anda berpeluang berkunjung ke negara yang dinyatakan seperti di bawah:

peraturan pelik

1. Denmark

  • Percaya atau tidak, negara Scandinavian ini tidak membenarkan ibu bapa memilih nama anak sendiri sesuka hati.
  • Hanya 7,000 nama sahaja dibenarkan oleh kerajaan Denmark dan perlu memohon kelulusan jika mahu nama lain daripada lain.

peraturan pelik

2. Singapura

  • Rakyat di republik ini dilarang sama sekali makan gula-gula getah di tempat awam.
  • Ya! Jangan buat main kerana tanpa disangka-sangka, kalian boleh disaman serta-merta.

Baca juga [VIDEO] Gaya pelik kambing hitam berjalan buat ramai merinding, padanlah pemilik mahu jual cepat-cepat

peraturan pelik

3. Jerman

  • Selain membenarkan pemandu memecut pada kelajuan 160 kilometer perjam, kalian perlu pastikan minyak kereta cukup ya ketika menggunakan lebuh raya di sana.
  • Ini kerana menjadi satu kesalahan besar jika anda kehabisan minyak di tengah jalan.
  • Jangan sesekali berani berjalan kaki ke stesen minyak berhampiran kerana anda boleh dikenakan denda berganda.

peraturan pelik

4. Itali

  • Jika berkunjung ke Itali, antara destinasi tumpuan yang wajib singgah ialah dataran Saint Mark Venice yang dipenuhi burung merpati jinak.
  • Anda diingatkan jangan sesuka hati memberi makan kepada burung tersebut jika tidak mahu berdepan hukuman denda hingga €700 (RM3,246.61). Fuh banyak tu!

Baca juga [VIDEO] Peliknya, fenomena hujan ganjil di Indonesia buat warganet terpukau, terkesima

peraturan pelik

5. Australia

  • Jika diperhatikan, tiada seorang kanak-kanak pun yang bermain layang-layang di kawasan Victoria kerana ia diharamkan!
  • Aktiviti itu dikatakan memberi gangguan kepada orang ramai dan termaktub dalam Summary Offences Act of 1966.

peraturan pelik

6. Poland

  • Hanya memakai baju dengan watak kartun, Winnie the Pooh di tempat awam seperti taman permainan dan sekolah, anda boleh dikenakan tindakan.
  • Di sana, mereka beranggapan watak itu memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak.

peraturan pelik

7. Georgia

  • Kalau diikutkan, terdapat banyak lagi undang-undang tak masuk akal termasuk melarang membela ayam di sana.
  • Ini kerana jika haiwan ternakan terlepas, anda perlu membayar denda yang mahal.

Bagi negara Islam yang mengamalkan hukum hudud seperti Arab Saudi, orang ramai juga dilarang mengeluarkan kata-kata kesat, ugutan, berunsur lucah secara terbuka.

Iklan

peraturan pelik

Waima emoji atau tanda isyarat tidak senonoh dalam teks atau media sosial juga tidak dibenarkan di sana.

Bagus jugakan? Barangkali peraturan yang dipraktikkan di negara orang ada sebab dan kepentingan masing-masing.

Iklan

Setakat ini, di negara kita, tiada yang pelik sangat.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI