Abang tembak mati adik lelaki sendiri selepas jalani pembedahan tukar jantina

IRAQ-MURDER_17ed3a3c8ab_large
IRAQ-MURDER_17ed3a3c8ab_large
A
A
A

GARA-GARA menukar jantina, seorang lelaki maut ditembak oleh ahli keluarganya sendiri selepas menjalani pembedahan ubah jantina menjadi wanita.

Memetik laporan Gulf News, mangsa yang berasal dari Iraq, Doski Azad, 23, merupakan seorang jurusolek dibunuh oleh abangnya, Chakdar Azad susulan tindakannya yang memuat naik gambar memakai solekan dan pakaian wanita di media sosial.

Polis Dahu, Iraq mengesahkan mayat mangsa ditemui oleh penduduk setempat berhampiran dengan sebuah kampung di Babukhki.

"Tiga hari sebelum kematian, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai abangnya," jelas pihak berkuasa.

Difahamakan, masih tiada lagi tangkapan dibuat dan suspek dipercayai telah melarikan diri.

Doski dipercayai mula menjalani kehidupan sebagai 'wanita jadian' sekitar lima tahun lalu dan mendapat tentangan daripada ahli keluarga lebih-lebih lagi apabila dirinya bekerja di sebuah salun kecantikan.

Pengarah Daerah, Brender Doski berkata, ahli keluarganya sendiri yang menghubungi pihak polis dan turut memberitahu lokasi mayat mangsa berada.

"Keluarganya 'seakan gembira' dengan jenayah itu dan memaklumkan polis bahawa mereka telah membunuh anak lelaki mereka," ujarnya.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang