KISAH penderaan bayi atau kanak-kanak sehingga mati bagaikan sudah membarah dalam masyarakat di seluruh dunia.

Walaupun kita tiada tali persaudaraan dengan mangsa, perasaan simpati memang akan automatik hadir tatkala membaca cerita tentang budak yang teruk diseksa.

Lebih membuatkan sesiapa geram, jika mengetahui ibu bapa kepada mangsa seolah-olah menutup sebelah mata melihat anak menjadi mangsa dera.

Kisah yang berlaku di Keighley, West Yorkshire, United Kingdom (UK) yang menimpa seorang kanak-kanak berusia 16 bulan, Star Hobson yang didera sampai mati memang mengundang sebak.

star hobson kes dera sampai mati

Lapor mirror.co.uk, si kecil itu diperlakukan tanpa belas kasihan oleh ‘kekasih’ ibunya, Savannah Brockhill, 28, sejak lebih berbulan-bulan lamanya.

Brockhill yang juga bekas pengawal keselamatan dikatakan mendera Hobson dengan menumbuk dan memijak badannya sehingga mengakibatkan kematian.

Baca juga Diseksa dan dirogol sebelum dikurung ruang bawah tanah, misteri kehilangan gadis 19 tahun terjawab

Alasan suspek mengakui melakukan penyeksaan ke atas si cilik memang menyakitkan hati.

Kata suspek, dia cemburu melihat kemesraan si kecil itu dengan ibunya.

Malah, kanak-kanak berkenaan juga dipersalahkan kerana menjadi punca pasangan lesbian itu bertengkar.

star hobson kes dera sampai mati

Menurut laporan portal lagi, ibu mangsa, Frankie Smith, 20, pula tidak berbuat apa-apa, selain hanya memandang ke arah anaknya tanpa sebarang perasaan simpati.

Pada mulanya, kesan lebam pada badan Hobson sudah disedari rakan dan ahli keluarga lain, namun sayangnya selepas diadu sebanyak lima kali kepada petugas sosial, semua itu seolah-olah diabaikan.

Pasangan durjana tersebut dikatakan berjaya mengaburi mata petugas sosial dengan mengatakan semua kecederaan itu adalah disebabkan terjatuh dan insiden yang tidak diingini.

star hobson kes dera sampai mati

Malah, Brockhill dan Smith turut menuduh semua aduan sebagai satu helah untuk memisahkan dan tidak merestui hubungan sejenis mereka.

Pun begitu, semua jenayah mereka akhirnya terbongkar selepas Hobson ditemui tidak sedarkan diri dengan hanya memakai lampin pakai buang.

Ketika paramedik melakukan bantuan pernafasan di kawasan kejadian, kanak-kanak tersebut muntah darah dan sudah nazak.

star hobson kes dera sampai mati

Bukan itu sahaja, seluruh badannya penuh dengan lebam terutamanya pada bahagian perut.

Si kecil itu kemudiannya dikejarkan ke hospital berhampiran menggunakan ambulans pada jam 3.49 petang, namun disahkan meninggal dunia pada jam 4.59 petang.

star hobson kes dera sampai mati

Merujuk laporan pendakwa raya, kecederaan yang menjadi punca kematian Hobson adalah disebabkan pukulan, dipijak dan disepak pada bahagian abdomen.

Iklan

Lagi menyedihkan apabila laporan bedah siasat mendapati, kesan penderaan terhadap mangsa sudah berlaku berulang-ulang kali pada masa berbeza.

Baca juga Kejamnya, kanak-kanak lembam terbuang air besar dalam seluar didera sampai mati oleh ibu kandung sendiri!

Menurut pertuduhan yang dibacakan, ibu mangsa turut dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun kerana bersubahat menyebabkan kematian.

BUNUH 3 BAYI LAIN

Selepas kes itu reda seketika, baru-baru ini kisah Brockhill kembali panas apabila pembunuh Hobson itu membuat pengakuan mengejutkan.

star hobson kes dera sampai mati

Wanita psiko berkenaan dikatakan dengan nada bergurau mengaku membunuh tiga lagi bayi dan menanam mereka di belakang rumahnya.

Pengakuan tersebut dibuat ketika Brockhill sedang menjalani hukuman penjara selama 25 tahun di Penjara HM Styal.

Baca juga Sadis, kanak-kanak 10 tahun dirogol, dibunuh, disumbat ke dalam guni selepas pulang mengaji. Kisah ini buat ramai sebak

Iklan

Tidak hanya Hobson menjadi mangsanya, wanita kejam itu juga mengakui menyebabkan kematian tiga bayi lain.

Gurauan wanita tersebut membuatkan seorang banduan yang berada di penjara sama, Amy Louise Cowan, 29, tidak senang duduk dan asyik memikirkan sama ada apa yang dikatakan suspek benar atau sebaliknya?

star hobson kes dera sampai mati

Memetik kata-kata Cowan, Brockhill dilabel sebagai seorang yang dingin dan tiada perasaan, malah tidak pernah melihatnya menangis sekali pun.

“Kehidupan di penjara membuatkan Brockhill sering diganggu banduan lain yang tidak putus-putus menendang pintu dan meludah ke dalam makanannya,” katanya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bagaimanapun, ramai berpuas hati dengan hukuman setimpal yang dikenakan terhadap pasangan itu.

Mana tidaknya, jika dibaca kisah Hobson satu persatu, memang meruntun jiwa.

Bagaimanalah si kecil itu boleh bertahan berbulan-bulan lamanya menahan sakit? Kita yang mendengarnya saja sudah membuatkan hati jadi panas!