KES seorang wanita tidak tidur walaupun satu malam membingungkan para doktor.

Tidak seperti kebanyakan manusia lain yang memerlukan tidur cukup tujuh hingga lapan jam sehari untuk kekal cerdas, kes ini jarang-jarang berlaku.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Li Zhanying dari wilayah Henan di timur China, mengatakan kepada media tempatan kali terakhir dia tidur adalah ketika berusia lima tahun.

Menyifatkan dakwaan Li tidak masuk akal, jirannya cuba untuk berjaga malam dan bermain permainan kad bersamanya.

Baca juga Ini Rupa Sijil Vaksin Zaman Turki Uthmaniah Tahun 1900, Cegah Penyakit Cacar Air

Menurut Mirror UK, jiran Li tidak dapat menahan mengantuk dan tertidur. Li bagaimanapun tetap segar berjaga sepanjang malam.

Suaminya, Liu Suoquin mengesahkan keadaan isterinya yang tidak pernah tidur.

Pada waktu malam, ketika orang lain sedang tidur, Liu mendakwa Li akan menghabiskan masanya membersihkan rumah.

Bimbangkan kesihatan isterinya dan beranggapan isterinya mengalami insomnia, pelbagai usaha telah dilakukan Liu termasuklah membeli pil tidur.

Bagaimanapun pil tidur juga tidak berkesan untuk mencetuskan rasa mengantuk kepada Li.

Susulan itu, wanita berkenaan telah cuba mendapatkan rawatan namun keadaan yang dialaminya membingungkan para doktor yang merawat.

Iklan
Gambar hiasan

Menurut Bastille Post, akhirnya Li mendapat diagnosis di sebuah pusat rawatan di Beijing di mana doktor menerangkan wanita itu sebenarnya tidur tetapi dengan cara yang aneh.

Dalam pemerhatian mereka, Li sebenarnya tertidur ketika bercakap dengan suaminya dalam keadaan mata tidak tertutup.

Malah ujian selanjutnya mendapati mata Li tidak pernah tertutup lebih daripada 10 minit sehari.

Iklan

Pakar mendakwa situasi yang dialami Li adalah sama dengan fenomena sleepwalking atau tidur sambil berjalan di mana badannya masih aktif walaupun ketika tertidur.

Ikuti kami di Instagram

Sumber: Mirror.uk