BERITA baik bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat apabila Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan kadar perokok mula menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya.

Berdasarkan catatan global bagi tahun 2020 menunjukkan 1.30 juta perokok berbanding 1.32 juta individu pada 2018.

Memetik laporan AFP, jumlah tersebut dipercayai akan menurun kepada 1.27 juta menjelas tahun 2025.

ANGKA perokok yang dijangka bakal menurun menjelang tahun 2025.

“Ini merupakan satu hal yang menggembirakan apabila melihat pengguna bahan tembakau semakin berkurangan pada setiap tahun,” jelas Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Menurut catatan WHO, lebih lapan juga perokok meninggal dunia setiap tahun sementara 1.2 juga individu merupakan bukan perokok, tetapi maut disebabkan asap rokok.

Dipercayai angka kematian disebabkan rokok dan asap rokok juga bakal meningkat setiap tahun.

Sebanyak 60 buah negara kini sudah menunjukkan reaksi positif dalam pengurangan penggunana bahan tembakau sebanyak 30 peratus antara tahun 2010 hingga 2025.

Iklan

“Tembakau bukan sahaja membunuh penggunanya, tetapi turut menjadi individu di sekitar mereka sebagai mangsa,” jelas Ketua Bahagian Promosi Kesihatan WHO, Ruediger Krech.

Segala jumlah tersebut bagaimanapun tidak termasuk data pengguna rokok elektronik.

Iklan

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram