Jangan lupa follow kami di Instagram!

SEJAK Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai pada 23 Julai lalu dunia kini memberi tumpuan kepada temasya sukan terbesar itu.

Maklumlah, ia antara acara paling dinanti-nantikan peminat sukan seantero dunia memandangkan penganjurannya empat tahun sekali.

Seperti tahun-tahun sebelum ini Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga mempunyai corat-coret tersendiri.

Antaranya penglibatan atlet lelaki atau wanita yang disifatkan memiliki raut wajah sedap mata memandang.

Salah satunya ialah atlet bola tampar wanita pasukan Turki, Zehra Gunes yang mencuri tumpuan kerana wajah jelita.

Patutlah nama atlet berusia 22 tahun itu menjadi sebutan ramai khususnya dalam kalangan warga maya.

Wanita itu dikatakan mempunyai pakej lengkap persis ratu cantik, apatah lagi memiliki ketinggian 197 sentimeter.

Gunes sering menangkap perhatian lensa kamera dengan kecantikan dan menguntumkan senyuman manis ketika beraksi di gelanggang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atlet bola tampar Turki curi tumpuan, jelita persis ratu cantik

Iklan

Siapakah gerangan Zehra Gunes?
1. Beliau merupakan pemain bola tampar mewakili pasukan Turki.

2. Dilahirkan di Kartal, Turki pada 7 Julai 1999.

3. Mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.

Iklan

4. Beraksi di arena sukan bola tampar pada tahun 2011 di bawah kelab Vafifbank Istanbul dan telah beberapa kali tukar kelab bola tampar.

5. Pernah menerima beberapa anugerah penghargaan antaranya The Best Middle Blocker dalam 2015 European Championship bawah 18 tahun, Vestel Venus Sultans League pada tahun 2017.

Ini termasuklah anugerah bagi pasukan iaitu FIVB Women’s Club World Championship ‘Best Middle Blocker’ dan pingat perlawanan peringkat kebangsaan.

Baca juga Patutlah atlet Olimpik Tokyo 2020 dilarang gigit pingat. Ini sebabnya…

6. Ditawarkan menjadi anggota bola tampar Turki pada Januari 2017 dan diserap masuk pada bulan Mac 2018.

7. Selain itu, penyandang posisi pemain tengah yang dikenali ‘middle blocker’ Turki itu juga sentiasa ceria, komited dan mudah tersenyum.

Untuk rekod, pasukannya berjaya menentang China pada Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Sumber: Women Volleybox, Vakifbank Spor Kulubu