Jangan lupa follow kami di Instagram!

RUTIN menggigit pingat atau medal pada acara sukan sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan atlet.

Menyorot sejarah pada zaman dahulu tabiat menggigit medal adalah untuk memastikan ia tidak diperbuat daripada logam tiruan.

Pun begitu, berlainan situasinya di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila penganjur meminta para atlet berfikir dua kali untuk menggigit medal dimenangi.

Ini disebabkan semua pingat pada kejohanan kali ini diperbuat menggunakan bahan elektronik yang dikitar semula seperti telefon bimbit.

Jawatankuasa penganjur memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter.

“Kami ingin mengesahkan secara rasmi bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh digigit!

“Pingat kami diperbuat daripada bahan yang dikitar semula seperti alat elektronik sumbangan masyarakat Jepun.

“Jadi, usah menggigitnya …tetapi kami tahu anda akan tetap melakukannya (gigit medal),” katanya.

Terdahulu, sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 pihak penganjur mengambil inisiatif mempromosikan kelestarian alam dengan menghasilkan medal daripada bahan kitar semula.

Kira-kira 78,985 tan peranti atau 6,21 juta telefon terpakai digunakan untuk menghasilkan pelbagai pingat.

Telefon yang telah dileraikan menghasilkan 32 kilogram (kg) emas, 3,500kg perak dan 2,200kg gangsa lalu dihasilkan 5,000 pingat.

Baca juga Wang Ganjaran RM2.98 Juta, Penerbangan Percuma Sepanjang Hayat Menanti Hidilyn Diaz

 

Iklan

 

Selain pingat, rangka katil dan tilam di asrama atlet juga berasaskan bahan kitar semula.

Iklan

Sementara itu, memetik laporan Forbes kali terakhir sukan Olimpik memberikan pingat emas tulen 100 peratus adalah pada tahun 2012, namun ia bersaiz kecil sahaja.

Pada Sukan Olimpik Rio 2016, setiap pingat emas hanya mengandungi enam gram emas bersamaan 1.2 peratus daripada berat keseluruhan medal tersebut.

Sumber: National Post