Bahaya! Wabak Salmonella dalam produk coklat Kinder menular di 11 negara. 10 fakta berkaitan

A
A
A

SETELAH lebih dua tahun Covid-19 melanda dunia, kini 11 negara berdepan dengan penularan wabak Salmonella.

Salmonella merupakan salah satu bakteria yang berpunca daripada pencemaran silang antara makanan dan daging mentah semasa penyediaan dan penyimpanan makanan.

Namun baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria Salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat Kinder keluaran Belgium.

Menurut WHO dalam satu kenyataan, berikut 10 fakta berkaitan;

1. Bakteria Salmonella Typhimurium disyaki akibat penggunaan produk coklat dan telah dilaporkan di 11 negara setakat Isnin, termasuk Belgium, Perancis, Jerman, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, United Kingdom dan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

2. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun turut terjejas dan golongan wanita mewakili 66 peratus daripada kes dilaporkan.

3. Sebanyak 21 kes bergejala dilaporkan, iaitu 12 kes cirit-birit berdarah dan sembilan telah dimasukkan ke hospital.

4. Tiada kematian akibat wabak itu telah dilaporkan setakat Isnin.

5. Penjujukan genetik bakteria salmonella dalam makanan mencetuskan kegusaran bahawa patogen berasal dari tangki susu mentega di sebuah kilang yang dikendalikan pembuat coklat Ferrero, di bandar Arlon, Belgium.

Baca juga Siasatan tamat, Tangmo bukan dibunuh, mati sebab kecuaian, 5 rakan bot didakwa

Salmonella

6. 'Strain' wabak Salmonella mempunyai daya tahan terhadap enam jenis antibiotik.

7. Sekurang-kurangnya 113 negara di seluruh Eropah dan global telah mengimport produk Kinder dan amaran global telah dikeluarkan oleh Rangkaian Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Antarabangsa (INFOSAN), program bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), pada 10 April mengakibatkan penarikan semula produk dari pasaran global.

8. WHO menilai risiko penyebaran di rantau Eropah dan global sebagai sederhana.

9. Gejala Salmonellosis agak ringan dan pesakit akan pulih tanpa rawatan khusus, dalam kebanyakan kes.

10. Bagaimanapun, risiko lebih tinggi untuk sesetengah kanak-kanak dan pesakit warga emas iaitu dehidrasi boleh menjadi semakin teruk dan mengancam nyawa.

Moga wabak Salmonella ini tidak sampai ke negara kita. Hati-hati semua!

Jangan lupa follow kamiInstagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kamiDI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang