MESKIPUN masih bersekolah rendah, namun kanak-kanak ini sudah tersenarai antara 10 Youtuber cilik paling kaya di dunia.

Nama Anastasia Radzinskaya yang berusia tujuh tahun itu menjadi semakin hit selepas menduduki carta ke-7 dalam carta Youtuber paling kaya pada tahun 2020 melalui majalah antarabangsa, Forbes.

Ini kerana pada tahun tersebut, Anastasia atau popular dipanggil Nastya memiliki kekayaan bernilai RM77.48 juta dan jumlah berkenaan semakin meningkat setiap tahun.

Percaya atau tidak, pendapatan yang dicapai pada tahun 2021 pula sebanyak RM117.27 juta, sekali gus mengalahkan Youtuber cilik yang lain.

Anastasia Radzinskaya youtuber cilik

Bintang comel berambut perang itu bukan sahaja memiliki 11 saluran Youtube dengan 250 juta langganan seluruh dunia, malah turut menjual pelbagai merchandise termasuk anak patung.

Lapor news.com.au, kebanyakan konten video yang dikongsikan berkisarkan momen percutian bersama keluarga, kawan-kawan dan pendidikan tentang soal tanggungjawab.

Selain rajin berkongsi video pendek mengenai lagu yang digubah sendiri dan aktiviti bersama ayahnya di TikTok dan Instagram, kanak-kanak perempuan yang berasal dari Rusia itu juga meraih lebih 428,000 pengikut.

Baca juga Hidap penyakit ‘rare’ progeria, 1 dalam 4 juta, YouTuber Adalia Rose meninggal dunia pada usia 15 tahun

Menariknya, pencapaian terbaik yang direkodkan, antaranya menjadi satu-satunya bintang cilik yang menang empat Diamond Play Buttons dari Youtube selain lapan anugerah lain.

Anastasia Radzinskaya youtuber cilik

Di sebalik semua kemewahan tersebut, sebenarnya terdapat cerita menarik yang mahu dikongsikan tentang Nastya yang mempunyai pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM691,195.15 itu.

DIDIAGNOS CEREBRAL PALSY

Sebenarnya, Nastya didiagnosis dengan sakit cerebral palsy selepas dilahirkan pada Januari 2014 yang mana doktor pakar ketika itu memberitahu bahawa dirinya tidak boleh bercakap.

Berita tersebut bagaikan satu tamparan hebat buat kedua ibu bapanya dan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubati anaknya.

Saat itu, ibunya, Anna hanya pemilik salon dengan pendapatan hanya RM16,425.47 sebulan manakala bapanya, Sergey seorang pemilik syarikat pembinaan dengan pendapatan tidak menentu.

Baca juga Tidak kenakan caj, penyelam popular di YouTube bantu merungkai misteri kehilangan wanita

Anastasia Radzinskaya youtuber cilik

Pada tahun 2015, kedua ibu bapa Nastya mengambil keputusan drastik menjual salon dan syarikat pembinaan untuk mengendalikan sepenuh masa saluran YouTube Like Nastya demi kelangsungan hidup.

Ternyata, saluran Youtube yang diwujudkan khas untuk menggalakkan Nastya bercakap, berjalan dan bergembira mampu menjana pendapatan mereka sekeluarga.

Jumlah pengikut semakin bertambah dan hanya untuk tempoh setahun sahaja, sebanyak 107 juta langganan melalui tujuh saluran Youtube milik keluarga tersebut.

Iklan

Anastasia Radzinskaya youtuber cilik

Pun demikian, selepas pemeriksaan kesihatan lebih lanjut menunjukkan bahawa diagnosis awal adalah salah dan sebenarnya Nastya sihat dan normal seperti kanak-kanak lain.

Berita gembira itu juga turut dikongsikan dalam vlog mereka.

Barangkali kisah tersebut membuatkan Nastya antara pembuat konten paling cepat mencapai jumlah kekayaan di dunia dengan video yang diterjemahkan kepada tujuh bahasa pada tahun 2019.

Baca juga Asal vegetarian, peminat risau Youtuber mukbang ekstrem kini obes, terpaksa pakai alat bantu pernafasan

Anastasia Radzinskaya youtuber cilik

Iklan

Hebat bukan? Masih setahun jagung tetapi sudah memiliki gelaran jutawan dengan saluran Youtube popular. Antaranya seperti Stacy Toys, Stacy Show, Funny Stacy dan Funny Stacy PRT.

Bukan itu sahaja, selain menjana pendapatan melalui jenama sendiri, bintang cilik tersebut juga mempunyai koleksi wang digital NFT yang menjadi kegilaan pelabur antarabangsa.

Anastasia Radzinskaya youtuber cilik

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lapor briefly.co.za, Nastya menduduki senarai ke-6 dalam Youtuber Paling Banyak Dibayar Di Dunia pada tahun ini dengan pendapatan RM117.27 juta, sekali gus menewaskan Ryan Kaji (Ryan’s World).

Luar biasa sekali penangan dunia media sosial ketika ini apabila ramai mencuba nasib khususnya anak muda dengan konten unik demi meraih pendapatan.

Mungkin sisi yang baik boleh dicontohi iaitu konten yang memberi manfaat dan jangan diikut amalan yang tidak elok ya! #kitajagakita #kitalaluibersama