BARU-baru ini SinarPlus berkongsi mengenai seorang warga emas dari Brazil yang didakwa berusia 121 tahun sekali gus sebagai wanita tertua di dunia.

Rupa-rupanya ada wanita yang lebih berusia daripadanya.

Johanna Mazibuko dari Jouberton, Klerksdorp, Afrika Selatan mendakwa dirinya dilahirkan pada tahun 1894 dan mencecah umur 128 tahun minggu ini.

Kenyataan itu turut dibuktikan dengan kad pengenalan yang memaparkan tarikh kelahirannya.

Baca juga: Wanita tertua di dunia meninggal dunia pada usia 119 tahun. Ini fakta menarik tentang Kane Tanaka

Siapa sangka ada manusia yang melalui beberapa insiden penting dunia iaitu wabak Spanish flu dan Covid-19 pada dua zaman berbeza!

Bercakap kepada agensi berita News24, wanita yang mempunyai tujuh cahaya mata, 50 cucu dan cicit itu berkongsi mengambil susu segar dan bayam liar.

Dia yang kini bergelut dengan masalah pendengarannya masih kuat untuk bergerak di sekitar rumahnya dan meninjau keluar melalui tingkap.

Mengimbau kembali kenangan ada beberapa tahun yang diingatinya.

Baca juga: Wanita tertua di dunia masih minum Coca-Cola pada usia 119 tahun! Ini fakta menarik lain tentang beliau

Beberapa generasi keturunan hadir ke majlis menyambut ulang tahun kelahiran ke-128 moyang mereka.

Antaranya ialah tentang zaman kanak-kanaknya yang amat dirindui. Johanna berkata dia merupakan anak sulung daripada 12 adik beradik dan dibesarkan di sebuah ladang jagung.

Tidak hanya itu, wanita terbabit turut mengenang detik perkahwinannya. Johanna mengakui cinta pertamanya bernama Stawana adalah lelaki yang bertanggungjawab.

“Saya berkahwin dengan duda kematian isteri. Dia seorang yang berdikari. Suami saya mempunyai kereta kuda dan lembu. Saya akan memerah susu lembu dan membuat mentega untuk dijual.

“Cinta hati saya itu memberikan layanan sangat baik hingga membuatkan saya terlupa tentang keperitan hidup sebelum itu. Pendek kata saya tidak mahu apa-apa lagi selepas berkahwin dengannya,” ujar Johanna.

Johanna pernah disoroti media ketika berusia 119 tahun. Ketika itu dia masih kuat untuk memasak

Selepas dia berkahwin, Johanna turut membantu menyara keluarga dengan melakukan kerja-kerja rumah di rumah pemilik ladang.

Diberikan anugerah umur panjang, wanita itu turut melalui momen menyedihkan saat kematian anak-anak. Kini difahamkan hanya dua daripada anak Johanna masih hidup.

Iklan

Komuniti Johanna di Afrika Selatan cuba mencari jalan agar warga emas itu diiktiraf secara rasmi oleh Guinness Book of Records.

Ketua kampung, OJ Madikong, antara yang berkongsi kisah.

Johanna menikmati kek hari jadinya

“Saya percaya Mazibuko sepatutnya sudah diiktiraf Guinness Book of Records. Biar dunia tahu. Tetapi perkara itu masih belum terlambat,” katanya.

Menurut Guinness Book of Records manusia tertua di dunia ialah Lucile Randon yang hidup sehingga 118 tahun. Randon dilahirkan pada 11 Februari 1904.

Iklan

Randon menggantikan Kane Tanaka, 119 tahun, dari Jepun, dalam daftar penyimpanan rekod selepas kematiannya pada 19 April lalu.

Terdahulu, wanita dari Brazil, Gomes dos Reis yang dilahirkan pada 16 Jun 1900 juga dikatakan cuba mendapatkan pengiktirafan wanita tertua dunia daripada Guinness Book of Records .

Baca juga: 121 tahun, wanita Brazil dipercayai manusia tertua di dunia

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI