SETIAP ibu pasti mendambakan anak yang dikandung selama sembilan bulan 10 hari itu dapat dilahirkan dengan sempurna dan sihat.

Tidak kira jantina lelaki atau pun perempuan, apa yang penting proses kelahiran tersebut berjalan lancar dan selamat.

Percayalah, tiada satu pun ibu bapa di dunia ini mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku kepada zuriat yang ditunggu-tunggu termasuklah isu kecacatan atau berpenyakit.

bayi empat tangan empat kaki

Pun begitu, kisah kelahiran luar biasa yang berlaku di Hospital Sadar di kawasan wilayah timur India baru-baru ini mengejutkan warganet seluruh dunia.

Mana tidaknya, bayi berkenaan dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki, sekali gus mencatatkan kes kelahiran jarang-jarang berlaku di sana.

Lapor Daily Star, bayi yang masih dirahsiakan jantina tersebut menjadi ‘selebriti terkenal’ sekelip mata apabila orang ramai tidak putus-putus datang melihat si kecil itu.

bayi empat tangan empat kaki

Malah, kawasan wad wanita dibanjiri orang ramai yang percaya bahawa bayi comel berkenaan dikatakan jelmaan dewa Kali Yuga.

Tidak kurang juga mereka sempat merakam foto dan video untuk simpanan peribadi atau konten media sosial.

Orang ramai boleh melihat foto yang tular di media sosial menunjukkan si ibu sedang memangku anaknya yang dilihat dengan jelas memiliki empat tangan dan empat kaki.

Baca juga Bayi baru lahir kelihatan ‘tua’ daripada ibu, derita masalah genetik 1 dalam 4 juta

Menurut laporan portal tersebut, isu kecacatan yang dialami bayi itu disebabkan komplikasi kehamilan.

Kenyataan berkenaan disokong seorang doktor pakar, Dr Shashikaran yang memaklumkan bahawa kes kelahiran itu bukannya bayi ‘ajaib’ seperti yang dihebahkan orang ramai, tetapi dipanggil cacat fizikal.

bayi empat tangan empat kaki

Dipendekkan cerita, wanita yang berasal dari perkampungan Haflaganj tersebut dilaporkan pernah membuat pemeriksaan imbasan dalam perut sepanjang tempoh kehamilan.

Iklan

Namun, dikatakan tidak menemukan sesuatu yang ganjil. Pelik bukan?

Baca juga [VIDEO] Tular tiga beradik wajah unik, raih 46.1 juta tontonan. Alami Sindrom Treacher Collins

Memetik kenyataan Raju Sah iaitu bapa kepada bayi tersebut, dirinya sangat terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai keadaan fizikal anaknya.

“Melalui pemeriksaan ultrasound, doktor tidak memaklumkan apa-apa yang pelik mengenai keadaan anak ketika dalam kandungan lagi,” katanya.

bayi empat tangan empat kaki

Iklan

Kejadian sama juga pernah berlaku di Bihar, India pada tahun 2007 yang mana seorang bayi perempuan dilahirkan dengan empat tangan berjaya dibedah.

Tidak hanya kes kelahiran di India, beberapa carian di internet mendapati terdapat beberapa kes sama yang berlaku di China pada tahun 2014.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bayi lelaki yang dilahirkan dengan empat tangan dan beberapa kaki itu dikatakan tercantum dengan kembar yang tidak menjadi.

Sesungguhnya, ALLAH MAHA BERKUASA atas setiap sesuatu.

Dalam Surah Yasin, ayat 82, ALLAH berfirman: “Jadilah! Maka, terjadilah ia.”