NAMA Erina Gudono menjadi bualan ramai. Bakal menantu Presiden Indonesia, Joko Widodo itu adalah tunang kepada putera ketiganya, Kaesang Pangarep.

Bakal raja sehari, Erina dan Kaesang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 10 Disember. Media Indonesia melaporkan pelbagai istiadat dijalankan termasuk acara bersiram dan khatam al-Quran dijalankan sebelum akad nikah dilangsungkan.

Cantik dan bijak. Bukan calang-calangan wanita jelita yang berjaya mencuri hati putera bongsu Jokowi ini. Berikut enam info mengagumkan Erina Gudono:

1-Finalis Putri  Indonesia 2022

Wanita yang bernama penuh Erina Sofia Gudono ini ternyata sudah dikenali ramai sebelum kisah cintanya dengan Kaesang Pangarep didedahkan kepada umum.

Terdahulu Erina ialah finalis Miss Indonesia 2022 mewakili Jogjakarta. Dalam pertandingan ratu cantik itu, beliau berjaya menduduki senarai 11 tangga teratas.

2. Graduan dari universiti ternama

Erina dilahirkan di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat, pada 11 Disember 1996. Menurut profil Erina Gudono di laman web Puteri Indonesia, beliau merupakan graduan jurusan Pengurusan Kewangan dan kini sedang menyambung pengajian Pentadbiran Awam peringkat sarjana di Columbia University pada tahun 2021.

3. Berasal dari keluarga ternama

Bakal menantu terakhir Jokowi itu berasal daripada keluarga yang disegani. Erina adalah anak kepada Allahyarham Profesor Dr Mohammad Gudono dan Dr Sofiatun Gudono.

Bapa Erina merupakan ahli akademik dan pensyarah di Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan, Universiti Gadjah Mada sebelum meninggal dunia pada 22 Julai 2016.

4. Meraih pelbagai gelaran 

Selain memiliki pencapaian pendidikan yang membanggakan, Erina juga meraih pelbagai gelaran termasuk Eureca Runner Up Business Plan Competition pada 2017, finalis Dimas Diajeng Sleman Daerah Istimewa Jogjakarta pada tahun 2018 dan Puteri Indonesia 2022.

5. Bekerja sebagai penganalisis

Iklan

Erina Gudono memulai kariernya secara profesional pada 2020 di Bank Indonesia sebagai Assistant Manager Apprenticeship.

Ketika ini, beliau dikhabarkan bertugas di JP Morgan sebagai penganalisis.

6. Aktif kegiatan sosial

Wanita jelita berusia 26 tahun itu juga aktif dalam pelbagai kegiatan sosial. Antaranya pernah bergabung dengan Harapan Fian Jogjakarta, Komuniti Sekolah Marginal yang terlibat dalam menyediakan akses percuma kepada pendidikan dan kesihatan untuk golongan terpinggir. Selain itu Erina juga aktif dalam pertubuhan Takesbook Indonesia yang memperjuangkan pendidikan untuk kanak-kanak miskin.

Erina dan Kaesang akan disatukan pada 10 Disember di Dewan Diraja Ambarukmo, Depok Sleman, Jogjakarta.

Iklan

Khabarnya majlis disusun meriah dan eksklusif yang mana pasangan mempelai akan diarak menaiki kereta kuda.

Jokowi dan isteri, Iriana memiliki tiga cahaya mata iaitu bernama Gibran Rakabuming Raka, Kahiyang Ayu dan Kaesang Pangarep.

Gibran sudah berkahwin dengan Selvi Ananda pada tahun 2015 manakala Kahiyang pula memilih Bobby Nasution sebagai pasangan hidup dan bernikah pada tahun 2017.

Sumber: CNBC Indonesia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.