Bercerai dengan isteri gara-gara panas baran, rupanya hidap tumor otak

A
A
A

TIDAK menyangka sikap panas baran secara tiba-tiba yang ditonjolkan oleh lelaki Singapura ini merupakan petanda dia menghidap tumor otak.

Disebabkan oleh sikap amarahnya itu, ikatan perkahwinan yang dibina bersama isteri tercinta berakhir dengan penceraian.

Memetik laporan Mothership, sebelum mengetahui dia menghidap penyakit itu, dia bukanlah seorang yang panas baran.

Namun, lelaki ini mulai menunjukkan sisi yang tidak pernah terlihat dalam dirinya iaitu melakukan penderaan terhadap ahli keluarga.

Walau bagaimanapun, setelah menjalankan pembedahan otak, lelaki ini mendapat peluang kedua untuk bersama kembali dengan isteri dan keluarganya.

Baca juga: Tidur atas lantai boleh menyebabkan masalah kesihatan? Ini penjelasan pakar

PERUBAHAN SIKAP

Disangkakan perintah berkurung sewaktu pandemik Covid-19 menjadi utama perubahan sikap kerana perubahan cara bekerja.

Persoalan mengapa dia marah dan mengapa dia melakukan semua ini menjadi tanya tanya kepada dirinya sendiri.

Perkara ini menjadi lebih teruk apabila melibatkan penglibatan pihak ketiga iaitu polis sehingga menyebabkan pasangan itu bercerai pada Jun 2020.

Tindakan lelaki ini membuatkan dia sedar dan kesal terhadap keganasan yang dilakukan terhadap keluarganya dan itu merupakan ‘waktu gelap’ dalam hidupnya.

Sejurus perpisahan, dia berpindah keluar dari rumah keluarganya dan sewaktu itu dia mula menyedari bahawa ada yang kena dengan otaknya.

Tumor otak yang dihidapi olehnya mula menunjukkan tanda dengan mengalami kekejangan dan pengsan selama beberapa saat.

Kemudian, ia semakin kerap berlaku sekitar lapan kali sehari sehinggakan rakan sekerjanya menasihati lelaki itu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

DISAHKAN HIDAP GLIOBLASTOMA

Profesor Madya Klinikal Yeo Tseng Tsai menasihati lelaki berkenaan untuk melakukan imbasan otak.

Namun begitu, hasil pemeriksaan amat mengejutkan apabila dia dikhabarkan menghidap glioblastoma iaitu tumor otak yang jarang berlaku.

Pakar berkenaan menjelaskan bahawa ia hanya tumor kecil sekitar dua ke tiga sentimeter yang terletak di lobus temporal lelaki itu.

Menurutnya lagi, tumor itu yang menjejaskan bahagian emosi otak lalu mendorong berlakunya perubahan sikap.

“Bahagian otak ini digelar sebagai amygdala. Ia yang bertanggungjawab mengawal emosi otak seperti rasa marah dan tindak balas kepada pergaduhan,” katanya.

Namun, setelah menjalani dua pembedahan pada Julai 2021, dia kembali sihat dan tidak lagi menunjukkan sisi amarahnya seperti sebelum ini.

Baca juga: Wanita kena hati-hati pilih kasut, elak kaki 'dapat' bunion. Tiada ubat, hanya pembedahan menanti

Kredit foto: Mothership

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang