Berkat kejujuran serah wang dijumpai bernilai RM13 ribu, pemungut sampah ditawarkan kerja!

No Image Caption
A
A
A

Kejujuran membawa kepada kesenangan hidup. Itulah yang terjadi kepada seorang pemungut sampah apabila sikap baiknya membuahkan hasil.

Pada 13 Mac lalu, Boonkong ‘Namfon’ Manmueangpak menemui wang tunai 100,000 baht (lebih kurang RM13,219) di tepi jalan. Tanpa ragu-ragu, lelaki itu terus menyerahkan wang tersebut kepada Balai Polis Klang Yai.

Menurut Namfon, beliau menemui wang itu berhampiran tiang elektrik ketika sedang mencari barang kitar semula. Selepas membuat laporan, polis membawanya ke tempat kejadian untuk lakonan semula.

No Image Caption

Tidak lama kemudian, seorang wanita muncul dan mendakwa wang itu miliknya.

Duit itu merupakan hasil Piyanut Srithong menggadai aksesori emas untuk mendapatkan wang tunai bagi membeli produk getah daripada penduduk tempatan mengikut arahan majikannya yang memiliki kedai getah.

Selepas melalui proses pengesahan, polis pun memulangkan wang itu kepadanya.

No Image Caption

Sifat baik Namfon itu terbalas apabila menerima ganjaran kerana kejujurannya mengembalikan wang tunai yang ditemuinya.

Sebagai tanda terima kasih, Piyanut memberikan ganjaran sebanyak 3,000 baht (lebih kurang RM397) kepada Namfon dan menawarkan untuk menghantarnya pulang.

Sebaik tiba di rumah Namfon, Piyanut tersentuh melihat keadaan hidupnya. Rumahnya hanyalah sebuah rumah kayu usang. Dia tinggal bersama neneknya dan mencari rezeki dengan mengutip barang kitar semula.

No Image Caption

Setiap dua minggu, kilang kitar semula datang membeli barang yang dikumpulnya, dan hasilnya cuma sekitar 500 hingga 600 baht (RM66 ke RM79) sahaja.

Terharu dengan kejujuran Namfon dan keadaan hidupnya yang serba kekurangan, Piyanut berbincang dengan majikannya, Wilai Prapkhonchua. Tanpa berfikir panjang, Wilai menawarkan pekerjaan di premis mereka.

"Orang jujur macam dia ini susah nak jumpa. Kalau orang lain, mungkin sudah ambil duit itu dan belanja sampai habis. Tapi Namfon tidak buat begitu," kata Wilai.

Kisah Namfon yang enggan mengambil hak orang lain ini menjadi tular di Thailand dan ramai yang memuji kejujurannya.

“Saya cuma buat apa yang betul. Nenek saya sudah ajar dari kecil, jangan ambil barang orang lain,” kata Namfon.

Kini, beliau bersyukur kerana akhirnya mendapat pekerjaan yang lebih stabil untuk menyara diri dan menjaga neneknya dengan lebih baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang