“KUASA kasih sayang seorang ibu yang beradab dan menghormati penumpang lain.”

Itu antara pujian yang diberikan kepada seorang penumpang sebuah syarikat penerbangan yang membawa bersamanya bayi berusia empat bulan.

Seperti yang dilaporkan oleh portal Backpackers, seorang ibu telah menyediakan lebih 200 sampul plastik kepada penumpang lain kerana satu alasan.

Baca ni: Terbakar seluruh badan, kulit dada menggelupas dan rambut seperti arang. Ibu ini gadai nyawa selamat 6 anak daripada kebakaran

PERMINTAAN MAAF AWAL

Beliau bimbang para penumpang di dalam kapal terbang dari Korea Selatan ke Amerika Syarikat yang mengambil masa tempoh 10 jam terganggu dengan tangisan anaknya.

Justeru, beliau menyediakan sampul plastik yang berisi gula-gula, gula-gula getah termasuk penyumbat telinga sebagai permintaan maaf awal.

Beliau pada masa sama menulis sekeping nota yang berbunyi:

“Hello, saya Jun Woo. Saya berusia empat bulan dan saya ingin ke Amerika Syarikat pada hari ini bersama ibu dan nenek saya.

Saya sedikit gugup dan takut. Penerbangan pertama dalam hidup saya.”

“Saya takut tangisan saya akan menyebabkan gangguan kepada orang lain. Saya akan cuba untuk tetap tenang, tapi saya tidak boleh berjanji pada anda semua.

Sila gunakan jika suara saya terlalu kuat. Nikmati perjalanan anda. Terima kasih.’

TINGGI BUDI BAHASA

Pemberian hadiah berkenaan yang disertakan dengan pesanan meraih perhatian ramai.

Rata-rata melahirkan rasa terharu dan memuji cara wanita tersebut yang disifatkan tinggi budi bahasa dan menghormati hak orang lain.

Iklan

‘LOVE THE ATTITUDE’

Ini antara pujian yang diberi warga maya buat ibu ini.

Ingat, sebelum meminta orang memahami kita, kita harus memahami orang terlebih dahulu. ‘Love the attitude’.

Begitu berbahasa sang ibu. Semoga anak wanita berkenaan sentiasa menjadi insan yang baik dan tinggi adabnya.

Hidup di dalam tamadun yang tinggi. Simple, tetapi lihat betapa mahal perbuatan beliau.

Iklan

Hebat ibu bayi ini. Respek! Berdasarkan pengalaman, kalau di dalam penerbangan kita, anak meraung dua jam, ibu hanya buat muka bangga. Tiada usaha langsung untuk pujuk si kecil.

Baca lagi: Nana Al Haleq tidak kisah digelar wanita sado, anggap aktiviti bentuk badan berotot ibarat ‘kerja seni’ untuk sihat

Sumber: BackPackerz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan