TEKNOLOGI genetik genealogi (kajian salasilah) yang semakin canggih kini telah banyak membongkar kes pembunuhan atau kemalangan walaupun sudah berusia lebih 30 tahun.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) juga pendekatan yang diambil ramai pakar forensik untuk mencari hubungan gen antara individu dengan mudah.

Kehebatan dua teknologi itulah yang telah membantu merungkaikan kes melibatkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang maut dalam satu kemalangan pada tahun 1989 di Amerika Syarikat.

Ya! Walaupun sudah 34 tahun berlaku, namun suspek bagi pembunuhan Lyn Chahorski masih gagal dikesan pihak polis untuk tempoh berkenaan.

kes langgar lari

Mayat gadis tersebut ditemui pada 16 Disember 1988 iaitu kira-kira lima batu dari Alabama Stateline, Dade County, Georgia.

Apa yang menyedihkan, identiti Chahorski pada ketika itu tidak dapat dikenal pasti disebabkan kecederaan teruk.

Baca juga Selepas 62 tahun, identiti Little Miss Nobody terbongkar, misteri rangka kanak-kanak perempuan ini rupa-rupanya…

Keadaan tersebut telah mendorong seorang pakar forensik mencipta semula rupa mangsa menggunakan tanah liat, tetapi masih tidak menemui sebarang petunjuk.

kes langgar lari

Pun begitu, difahamkan pihak berkuasa berjaya menjejak profil mangsa pada Mac lalu dan seterusnya berusaha mencari pelaku di sebalik kejadian mengerikan tersebut.

Lapor New York Post, pihak berkuasa Georgia baru-baru ini telah memecahkan kebuntuan apabila berjaya mengesan suspek yang terlibat.

Baca juga Kes noda wanita 28 tahun lalu akhirnya terbongkar, anak bantu ibu heret suspek ke pengadilan

Ujian DNA genealogi yang dijalankan ke atas senarai suspek menemui padanan pada profil seorang pemandu lori treler, Henry Fredrick Wise.

kes langgar lari

Henry atau dikenali dengan nama Hoss Wise berusia 34 tahun ketika kejadian dan dirakam melalui kawasan tersebut yang menjadi laluan penghantaran Birmingham – Nashville.

Iklan

Malangnya, tindakan sewajarnya tidak dapat dilaksanakan kerana suspek sudah meninggal dunia dalam tragedi kemalangan pada tahun 1999.

kes langgar lari

Memetik New York Post lagi, kes tersebut menjadi kunci penting kerana ia merupakan kes yang pertama membuktikan ujian DNA geneologi membantu mengesan identiti mangsa dan pembunuh.

Berdasarkan rekod, suspek memiliki sejarah jenayah lampau seperti rompakan, serangan dan menghalang tugas pihak berkuasa.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Iklan

kes langgar lari

Tabik spring kepada pihak polis yang bersungguh-sungguh menyelesaikan misteri kemalangan tersebut.

Meskipun tidak dapat membawa suspek ke muka pengadilan, namun kes buntu itu berjaya diselesaikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan