SETIAP orang pasti mempunyai kenangan sewaktu kecil yang tidak dapat dilupakan, bukan?

Bukan itu sahaja, malah ada juga idea pelik yang terlintas di dalam fikiran apabila sedang bermain bersama-sama rakan. Memori itulah yang akan diingat kembali apabila sudah meningkat dewasa.

Baca juga Pelik murid datang sekolah setiap hari tak ikut penggiliran, masuk hari ketiga baru tahu rupanya…

Begitulah yang berlaku apabila botol berisi nota yang ditulis Mark Burton 25 tahun lalu ditemui di pinggiran sungai oleh seorang pemuda Australia yang dikenali sebagai Marty Monson.

Lebih menarik, Burton berkata, beliau dan rakannya menulis pesanan itu ketika masih kanak-kanak lagi sebelum mengambil keputusan untuk mencampakkannya ke dalam laut sekitar 25 tahun lalu.

“Itu salah satu perkara yang dilakukan ketika kecil dan awak tidak akan menyangka apa-apa ketika itu,” kata Burton kepada The Examiner.

Iklan

Burton berkata, beliau kemudian menyedari status yang dimuat naik Monson setelah diberitahu ibu dan kakaknya melalui mesej pesanan ringkas.

Marty yang menemui botol itu berkata, beliau memuat naik gambar berserta pesanan itu ke dalam kumpulan Komuniti Penduduk King Island di Facebook sejurus selepas menemui botol ‘legend’ itu pada awal Januari lalu di pinggiran Sea Elephant River.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Nota itu juga bertarikh 14 Jun 1996 yang turut disertakan dengan nama Mark Burton yang turut meninggalkan maklumat nombor telefonnya. Namun, disebabkan sudah terlalu lama, ia sudah tidak dapat dihubungi.

“Namun begitu, saya sangat terkejut dan gembira apabila Burton menghubungi saya berkenaan status yang dimuat naik, malah saya masih tidak percaya botol itu sudah lama terapung-apung di atas laut,” ujar beliau.