BAK kata pepatah, tuah ayam nampak pada kaki, tuah manusia siapalah yang tahu.

Kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang berjaya menemui artifak purba berusia 800 tahun di Suffolk, United Kingdom (UK) ini membuatkan ramai kagum.

Mana tidaknya, George Henderson terjumpa cop mohor atau matrix yang dipercayai berusia pada awal pertengahan abad ke-13 yang digunakan untuk mengesahkan dokumen rasmi.

artifak purba

Penemuan bersejarah itu menjadikan nama Henderson tersenarai sebagai pengesan logam paling muda dalam ranking Pengesan Metal Paling Berjaya dan Dikenali United Kingdom.

Lapor ancient-origins.net, kanak-kanak bertuah tersebut dikatakan sedang menyertai misi pencarian harta karun bersama ayahnya yang juga seorang pengesan logam di kawasan Woodbridge berkenaan.

Ketika misi tersebut, mesin pengesan logam yang dikendalikan budak lelaki itu berbunyi kuat selepas 10 minit berada di kawasan tanah persendirian berkenaan bersama bapanya, Paul Henderson.

artifak purba

Henderson dikatakan terus menggali sedalam 13 sentimeter sebelum menemui objek kuno berdasarkan bentuk oval yang agak old-style dengan tulisan Latin.

Ketika itu, anak beranak berkenaan tidak tahu usia artifak berkenaan dan selepas dirujuk kepada pakar, rupa-rupanya cop mohor tersebut diperbuat pada awal pertengahan abad ke-13.

Baca juga Jadi jutawan segera selepas jumpa ‘harta karun’ di dalam beg lama dekat loteng rumah. Bertuah sungguh!

Hasil penterjemahan tulisan Latin mendedahkan kesahihan logam purba tersebut yang mana ia tertulis: ‘Seal of the Priory and Convent of Butley, of Adam, Canon Regular’.

Cop mohor tersebut merujuk kepada sejarah rumah ibadah yang dibuka pada tahun 1171 dan dimiliki oleh lelaki yang dikenali dengan nama Adam yang menguruskan gereja tersebut bermula pada tahun 1219 hingga 1235.

artifak purba

Matrix berkenaan digunakan untuk mengesahkan dokumen dan berusia 800 tahun atau lebih lama daripada itu.

Menurut laporan portal itu lagi, artifak berkenaan jarang-jarang sekali ditemui umum dan boleh dikatakan sangat berharga dalam organisasi arkeologi.

Baca juga Tanah pusaka kononnya ada uranium, wanita ini enggan berpindah meski ditawar hampir RM1 juta

Boleh jadi cop mohor berkenaan hilang daripada simpanan dan ditemui tertanam tanpa diketahui orang ramai.

Barangkali sudah rezeki Henderson untuk menemui artifak bernilai yang tidak disangka-sangka tersebut pada tempat dan masa yang tepat.

CIPTA SEJARAH

Selepas mengetahui nilai dan sejarah di sebalik cop mohor itu, Henderson dan keluarganya tidak ketinggalan untuk melelong khazanah purba tersebut di Hansons Auctioneers’ Historica pada 24 Mac lalu.

Sudah tentunya mereka sekeluarga menjangkakan nilai yang tinggi iaitu £4,000 (RM22,127.63) dan akan membahagikan hasil jualan bersama pemilik tanah seperti yang ditetapkan undang-undang di sana.

artifak purba

Memetik kata-kata ayah Henderson yang disiarkan di The East Anglian Daily Times, apa yang lebih penting adalah nilai sejarah cop mohor tersebut berbanding nilai jualan.

“Penemuan ini antara momen paling mengujakan yang belum pernah kami alami sebelum ini,” katanya yang memaklumkan anaknya sudah dididik dengan hobi sama sejak usianya lima tahun.

Iklan

Baca juga Nelayan bakal bergelar jutawan segera, jumpa ‘emas terapung’ RM5 juta

Menariknya, bukan hanya artifak purba yang ditemui Henderson dilelong pada majlis berprestij tersebut, malah seorang lagi dikenali dengan nama Graham Harrison berusia 64 tahun turut berbuat demikian.

artifak purba Lelaki tersebut menemui cincin emas yang berusia pada kurun ke-17 di kawasan padang di Nottinghamshire baru-baru ini dan berjaya menjualnya pada harga £8,500 (RM47,021.21).

Wah, memang lumayan hasil diterima dan boleh beli sebuah kereta dengan nilai tersebut.

Sebenarnya, aktiviti mencari dan menggali harta karun popular di negara luar khususnya di Australia, United Kingdom, Denmark, kepulauan Caribbean, Maldives, Amerika Syarikat, Indonesia dan Vietnam dilakukan tanpa permit.

artifak purba

Baca juga Mewahnya hasil bumi, 4.6 juta tan emas ditemui di Sulawesi

Iklan

Pun begitu, terdapat negara yang melarang keras aktiviti berkenaan termasuk Kanada, Kemboja, China, Morroco, Rusia dan Arab Saudi.

Malaysia pula bagaimana? Setakat ini aktiviti tersebut aktif dijalankan di negara ini dan disiarkan di saluran Youtube, antaranya Malaysia Metal Detector.

artifak purba

artifak purba

Perkongsian video berdurasi lebih 10 minit itu menemukan keris lama dan paling mengejutkan, pendokoh keris emas!

Kesemua penemuan artifak Melayu yang dijumpai di sekitar kawasan Terengganu tersebut dikatakan akan ditempatkan di Muzium Bukit Besi yang akan dibuka tidak lama lagi.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI