MEMANG kejam! Bayangkan seorang isteri sanggup ditikam sampai mati hanya kerana meminta wang untuk membeli barang keperluan.

Bukannya RM10,000, RM1,000, RM100 atau RM10, tetapi jumlah wang yang diminta mangsa hanya RM1.14!

Tragedi berdarah yang berlaku di Mesir baru-baru ini bukan sahaja menggemparkan penduduk setempat, malah netizen di seluruh dunia.

Ramai tidak menyangka mangsa yang dikatakan baru mendirikan rumah tangga selama 20 hari itu berdepan pengakhiran cukup menyedihkan.

ditikam sampai mati

Lapor gulfnews.com, pihak polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi suspek utama pembunuhan seorang wanita yang ditemui di sebuah pangsapuri.

Mangsa yang berlumuran darah dengan kesan tikaman ditemui terbaring dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca juga Sadis, kanak-kanak 10 tahun dirogol, dibunuh, disumbat ke dalam guni selepas pulang mengaji. Kisah ini buat ramai sebak

Menurut laporan polis, saksi memberitahu, pasangan pengantin baharu itu dikatakan bertengkar selepas mangsa meminta wang untuk membeli barangan asas.

Tidak lama selepas itu, suspek kemudian mengambil pisau di dapur dan terus menikam mangsa bertubi-tubi.

ditikam sampai mati

Siasatan lanjut turut menyaksikan, rupa-rupanya mangsa masih di bawah umur ketika dipaksa berkahwin dengan lelaki durjana itu.

Ibu mangsa dikatakan memaksa remaja tersebut untuk bernikah selepas kematian suaminya turut ditahan polis untuk membantu siasatan.

TREND REMAJA KAHWIN BAWAH UMUR & PENGANTIN KONTRAK

Carian di internet turut menunjukkan ‘trend’ remaja dipaksa kahwin di negara berkenaan cukup membimbangkan.

Selain diijab kabulkan dengan orang yang lebih berusia, gadis Mesir juga dijadikan mangsa ‘pengantin kontrak’ oleh golongan pelancong elit untuk tempoh tertentu.

Baca juga Diseksa dan dirogol sebelum dikurung ruang bawah tanah, misteri kehilangan gadis 19 tahun terjawab

Mereka yang terdiri daripada keluarga miskin difahamkan akan dibayar mas kahwin serendah RM1,770 oleh broker.

Iklan

Berdasarkan peraturan negara Mesir, perkahwinan di bawah umur tidak dibenarkan.

ditikam sampai mati

Sebelum ini, di Yemen, orang ramai dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia pada tahun 2016.

Bayangkan si kecil tersebut mengalami pendarahan teruk sehingga membawa maut. Faham-fahamlah ya apa yang berlaku…

Baca juga Hanya kerana menolak lamaran, wanita ini dirogol dan dipenggal penuh kejam! Sadis sungguh

Memetik laporan dailymail.co.uk, isu pengantin kanak-kanak pernah mendapat perhatian media tempatan selepas seorang gadis berusia lapan tahun dengan berani menuntut pembubaran perkahwinan dengan seorang lelaki berusia 30-an di mahkamah.

Iklan

Yemen pernah menetapkan umur 15 tahun sebagai usia minimum untuk berkahwin, tetapi parlimen membatalkan undang-undang itu pada era 1990-an dengan alasan ibu bapa yang harus memutuskan waktu sesuai anak perempuan mereka berkahwin.

ditikam sampai mati

Mudah kata, soal jodoh anak ditentukan keluarga di sana.

Pelik-pelik. Tak mampu rasanya nak membayangkan nasib kanak-kanak perempuan yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa itu menjadi mangsa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Moga kejadian yang dikongsi SinarPlus membuka mata ramai pihak khususnya ibu bapa supaya jangan mengambil jalan mudah untuk ‘menjual’ anak demi kelangsungan hidup. #kitajagakita #kitalaluibersama