Comel, haiwan peliharaan pun mahu didandan cantik sempena Tahun Baharu Cina. Butik kecantikan tak menang tangan...

A
A
A

BAHANG kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini bukan sahaja dapat dirasai masyarakat majmuk di Malaysia, malah di serata dunia.

Pelbagai persiapan dibuat termasuk membeli perhiasan tanglung, pelekat bertuah dan baju baharu, selain persediaan makan besar yang mungkin lebih bermakna berbanding tahun sebelum ini.

Peliknya, bukan setakat ibu-ibu yang mahu grooming diri di butik kecantikan untuk kelihatan menawan sempena festival tahunan tersebut, malah haiwan peliharaan tidak kurang juga mahu didandan rapi.

tahun baru cina grooming anjing

Di Lianyungang, wilayah Jiangsu di China Timur misalnya, perusahaan kecantikan dan dandanan haiwan sangat sibuk menjelang Tahun Baharu Cina.

Lapor chinadaily.com, sudah menjadi tradisi masyarakat di sana untuk mempersiapkan diri termasuk anjing peliharaan masing-masing yang kelihatan gorgeous pada hari tersebut.

Jika merujuk statistik Pethadoop yang dikongsikan portal tersebut, kawasan bandar di China direkodkan mempunyai lebih 100 juta anjing dan kucing peliharaan.

Baca juga Magawa berjaya kesan lebih 100 periuk api dan diberi penghargaan pingat emas, ini kisah tikus pengesan bom popular di Kemboja

tahun baru cina grooming anjing

Malah, lebih 99.8 juta keluarga memiliki haiwan jagaan pada tahun 2020 dan mungkin jumlah itu semakin meningkat pada tahun ini.

Jadi, bayangkan betapa sibuknya butik kecantikan dan dandanan haiwan menjelang Tahun Baharu Cina. Tidak cukup tangan dibuatnya untuk memenuhi permintaan harian.

Melihat foto yang dikongsikan, anjing peliharaan didandan cantik dengan merapi bulu, merias kuku dan tidak kurang juga menerima rawatan sauna.

Baca juga Hanya cuma perlu pandu lalu untuk membeli kelengkapan Tahun Baru Cina, langkah bijak elak jangkitan Covid-19

tahun baru cina grooming anjing

Wow! Bukan calang-calang servis yang ditawarkan di sana.

Bukan itu sahaja, kemeriahan Tahun Baru Cina turut dirasai dari ruang angkasa.

Perkongsian foto angkasawan dari stesen angkasa Tianhe mencuit hati netizen apabila ucapan disampaikan kepada masyarakat Cina di seluruh dunia memang rare.

Baca juga KITKAT Gold simbol tuah, kekayaan. Tawaran kotak eksklusif sempena Tahun Baru Cina               

tahun baru cina grooming anjing

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tiga angkawasan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu yang tinggal dan bekerja di stesen utama tersebut tidak ketinggalan meraikan festival tradisi berkenaan meskipun jauh dari bumi.

Jika di Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila lampu tanglung menghiasi tokong terkemuka di seluruh negeri dan hiasan meriah.

Apa yang penting, sepanjang bercuti atau pulang ke kampung, jangan lupa patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan ya bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 kembali mencanak naik. #kitajagakita #kitalaluibersama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang