TIADA siapapun di dunia ini mahu jadi gelandangan dengan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Mana mungkin para bapa tidak mahu memberikan yang terbaik untuk keluarga termasuk tempat tinggal selesa untuk anak dan isteri.

Pun begitu, disebabkan ketagihan arak dan dadah membuatkan segelintir keluarga berantakan sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak.

kisah hamlin

Boleh jadi kisah anak gelandangan di California, Amerika Syarikat, Mich Hamlin boleh dijadikan inspirasi buat semua.

Masakan tidak, anak sulung daripada tiga beradik itu mampu bergelar seorang doktor falsafah dan berjaya keluar daripada sejarah hitam keluarganya.

Lapor theepochtimes, kisah Hamlin penuh inspirasi telah membuka mata ramai pihak apabila beliau kini sudah bergelar ahli terapi fizikal.

kisah hamlin

Memiliki ibu bapa yang ketagihan arak, kata Hamlin, membuatkannya dan dua adik kembar tiada pilihan dan terpaksa hidup di tepi jalan, malahan tepi tong sampah demi survival hidup.

Pada usia 10 tahun, beliau beranggapan hidup berpindah-randah dan makan apa yang ada itu, merupakan perkara normal.

Jika berpeluang menginap di motel murah, sudah cukup membahagiakan buat diri dan adik-adiknya.

kisah hamlin

Begitu juga kalau dapat tidur selesa! Baginya ia bagaikan satu percutian singkat selepas berbulan-bulan tinggal di dalam van, taman awam dan tepi jalan ketika ibu bapanya kesempitan wang.

Meskipun ketagihan arak, namun kedua ibu bapanya tidak pernah lupa untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Menurut portal CalPoly Pomona, setiap pagi sebelum ke sekolah, mereka akan dimandikan terlebih dahulu di tepi tandas awam.

Barangkali, ramai yang ambil tahu dan cuba membantu, bagaimanapun pihak berkuasa mengambil tindakan drastik dengan meletakkan mereka di rumah jagaan.

kisah hamlin

Pada tahun 2005, Hamlin dan adiknya pernah diletakkan di bawah rumah perlindungan kanak-kanak selepas ibunya meninggal dunia.

Iklan

Bapanya pula hilang hak penjagaan kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan tetap, bahkan datang bertemu anaknya hanya untuk meminta wang atau makanan.

Semua kesusahan dan dugaan itu tidak membuatkan Hamlin putus asa, bahkan menjadikan semua rintangan itu sebagai satu faktor dominan untuk keluar daripada kepompong tersebut.

kisah hamlin

Mungkin sudah tertulis, keluarga angkat yang prihatin dengan perkembangan pelajaran tiga beradik itu berusaha sebaik mungkin untuk melihat mereka berjaya.

Ya! Tanpa usaha, mana mungkin boleh pemuda berusia 27 tahun itu mampu meraih segulung ijazah kedoktoran.

Kesungguhan Hamlin mengejar cita-cita dan melibatkan diri dalam dunia olahraga membuatkannya lebih matang.

Iklan

Tanpa memandang belakang, beliau terus bangkit untuk mengubah nasib diri dan kini mampu memiliki kerjaya yang boleh dibanggakan.

kisah hamlin

Kisah pemuda itu wajar dijadikan contoh buat anak muda khususnya mereka yang berdepan masalah keluarga.

Jangan jadikan semua dugaan itu sebagai alasan untuk terus hanyut.

Sebenarnya, masih ada peluang untuk berubah menjadi lebih baik jika kita berusaha ke arah itu.

Insya-ALLAH, semua akan baik-baik saja. Apa yang penting #kitajagakita.