DEMI melunaskan hutang, seorang ibu tergamak menjual anak lelakinya berusia tujuh tahun dengan harga £4,000 (RM21,730).

Menurut Daily Star, kejadian yang berlaku di Rusia itu menyaksikan wanita yang dikenali sebagai Nargiza telah mengiklankan anaknya untuk tujuan berkenaan.

Suspek yang berusia 36 tahun kemudian telah bertindak mengatur pertemuan dengan pembeli di sebuah pusat beli-belah.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral ibu kepada tiga anak itu terbongkar selepas salah seorang mereka sebenarnya merupakan ahli sukarelawan amal antiperhambaan menyamar sebagai pembeli.

Baca ni:Bau busuk bongkar kes wanita tikam, kerat dan rebus mayat suami di dalam periuk

STRATEGI PENIPUAN

Disebabkan gagal menghidu penyamaran tersebut, suspek secara terbuka memberitahu bahawa anak lelakinya tidak kisah dipindahkan kepada keluarga lain asalkan dibayar dengan sejumlah wang.

Perbuatan suspek mengejutkan jurucakap badan amal berkenaan.

Pada awalnya, mereka menyangka itu hanyalah satu strategi penipuan yang digunakan suspek untuk mendapatkan wang. Siapa sangka, wanita tersebut benar-benar ingin menjual anaknya dek kerana hutang!

WANG JUALAN

Iklan

Nargiza juga mengakui berbuat demikian kerana suaminya yang sekarang tidak menyukai anak sulungnya itu (anak bersama suami lama).

Dipendekkan cerita, wanita itu menerima ‘wang jualan’ dan terus menyerahkan anaknya itu.

Pun demikian, suspek telah ditahan pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

Iklan

Kejamnya perbuatan seorang ibu, sanggup menjual darah daging sendiri demi wang. Memang tak patut!

Sumber: Daily Star

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan