Ditarik masuk kenderaan, kanak-kanak lelaki trauma dicabul 10 lelaki bertopeng

A
A
A

IBU mana yang tidak sayangkan anak. Pengorbanan ibu dengan linangan air mata sanggup melakukan apa sahaja demi anak.

Apatah lagi jika melihat seorang anak dalam keadaan murung, takut dan tiada selera untuk makan.

Begitulah situasi yang dilalui seorang ibu di Medan, Indonesia apabila anak lelaki rupa-rupanya berdepan detik hitam dalam hidup apabila dicabul 10 lelaki bertopeng dalam sebuah kenderaan.

Malah bukan hanya itu, menurut laporan Kompas.com, kanak-kanak malang itu juga dicucuh dengan api rokok dan diugut untuk dikelar dengan pisau sebelum dia ditendang keluar dari kenderaan tersebut.

Insiden itu hanya disedari setelah wanita itu melihat anaknya berubah daripada kebiasaan dan akhirnya meberitahu kejadian sebenar menimpanya setelah dipujuk beberapa kali.

Polis Indonesia berkata, kejadian berlaku ketika kanak-kanak tersebut keluar ke kedai berhampiran rumahnya di Medan Amplas, Isnin lalu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ditarik masuk kenderaan, kanak-kanak lelaki trauma dicabul 10 lelaki bertopeng

Katanya, ketika dalam perjalanan, beberapa lelaki menghampiri dia dan menariknya masuk ke dalam sebuah kenderaan sebelum mencabulnya.

Menurutnya, kanak-kanak itu beritahu, dia dicabul secara bergilir-gilir oleh kesemua suspek yang mengenakan topeng.

Justeru, pihaknya akan melakukan siasatan dan memburu kesemua suspek yang terlibat.

Baca juga [VIDEO] Kebumi jenazah ibu di hadapan rumah, tindakan pemuda ini buat netizen Malaysia terkesima

Dalam pada itu, ibu mangsa yang dikenali sebagai PA memberitahu, anaknya mengalami trauma yang teruk.

Katanya, keadaan anak yang tidak mahu makan, bercakap selain hanya termenung itu amat merisaukan.

Namun, keadaannya mulai stabil selepas mereka mendapatkan khidmat pakar psikologi dan wanita berkenaan turut berharap agar ada keadilan untuk anaknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang