Doktor dari Malaysia maut terjatuh ketika hiking di pergunungan Itali

No Image Caption
A
A
A

SEORANG doktor dari Malaysia yang dilaporkan hilang ketika mendaki di pergunungan Dolomites, Itali ditemui meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tebing.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Dr Khaw Bee Ling, 60, merupakan seorang pakar perubatan dari Metro Specialist Hospital di Sungai Petani, Kedah.

Beliau dilaporkan hilang pada 18 Julai lalu ketika mendaki di Croda del Becco iaitu sebuah gunung yang terletak di antara Ampezzo dan Braies Dolomites.

No Image Caption

Difahamkan, Bee Ling telah mendaki bersama seorang rakan sebelum mereka memutuskan untuk bergerak sendiri dan semasa rakannya berpatah balik, mangsa meneruskan pendakian menuju ke puncak.

“Bee Ling sempat menghantar mesej menyatakannya sesat dan memerlukan bantuan, tetapi selepas itu tiada lagi sebarang komunikasi diterima.

“Rakannya kemudian menghubungi pihak berkuasa dan satu operasi pencarian besar-besaran dilakukan.

No Image Caption

“Pasukan pencarian menggunakan helikopter, dron dilengkapi kamera terma, anjing pengesan dan beberapa pasukan penyelamat gunung selain usaha pencarian diteruskan sepanjang malam,” katanya.

Mayat mangsa yang tersangkut di celahan tebing berjaya ditemui oleh sebuah helikopter pada keesokan harinya iaitu pada 19 Julai.

Menurut La Voce del Trentino, pihak berkuasa percaya mangsa telah tersasar dari laluan yang ditanda di bahagian gunung Belluno dan secara tidak sengaja tergelincir ke kawasan batu yang curam dan licin sejauh hampir 100 meter.

No Image Caption

Lokasi terakhir telefon mangsa berjaya dikesan menggunakan peranti khas pengesan mudah alih, IMSI catcher yang membantu mengecilkan kawasan pencarian.

Mayat Bee Ling dipindahkan ke rumah mayat di Cortina d’Ampezzo. Pihak berkuasa Itali akan menguruskan prosedur yang diperlukan.

Kematian Bee Ling disahkan awal minggu ini oleh majikannya yang menyifatkan beliau sebagai pakar perubatan yang sangat dihormati dan berdedikasi sepanjang perkhidmatannya selama 30 tahun di hospital tersebut.

Sumber: Berita Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang